Notice of Library Closure : Eid-ul Fitr Celebration

UTM Library Long-Term Loan

UTM Library Opening Hours (PSZJB) During Examination Week

Notice of Library Closure : 9 May 2018

Notice of Library Closure : 1 May 2018

UTM Lancar Tabung Endowmen Buku Perpustakaan UTM

April 4, 2018 oleh Mohamad Syafiq Bin Salamat (Unit Korporat dan Perniagaan Strategik, Perpustakaan UTM)

JOHOR BAHRU, 4 April 2018 – Universiti Teknologi Malaysia telah melancarkan Tabung Endowmen Buku Perpustakaan UTM.

Tabung Endowmen Buku Perpustakaan UTM diwujudkan pada 27 Disember 2017 di bawah Tabung Endowmen UTM bagi memberi ruang kepada staf, mahasiswa, alumni UTM, individu atau komuniti luar memberi sumbangan ke Tabung Endowmen Buku Perpustakaan UTM bagi merancakkan aktiviti kersarjanaan ilmu di UTM.   Sumbangan ini diharapkan dapat memupuk rasa kebersamaan dalam menyokong ke arah peningkatan peradaban dan perkembangan budaya ilmu untuk generasi akan datang, memperkaya koleksi Perpustakaan UTM melalui perolehan sumber mengikut bidang kepakaran di UTM dan perolehan koleksi digital untuk menyokong aktiviti penyelidikan berimpak tinggi serta merealisasikan konsep Industrial Revolution 4.0.

Sehingga kini sebanyak RM 5,575.00 telah berjaya dikumpul menerusi sumbangan alumni dan staf Perpustakaan UTM. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan sumbangan Tabung Endowmen Buku Perpustakaan UTM, sila hubungi Unit Korporat dan Perniagaan Strategik, Perpustakaan UTM, di talian  07-5530024, emel libraryendowment@utm.my atau laman sesawang http://library.utm.my/endowment.

Notice of Library Closure : The Sultan of Johor’s birthday

Notice of Library Closure : Chinese new Year

Notice of Library Closure : Thaipusam

Library Opening Hours During Examination Week