Latar Belakang

Tabung Endowmen Buku Perpustakaan UTM ditubuhkan secara rasminya pada 27 Disember 2017 dan ianya diwujudkan dibawah Tabung Endowmen UTM bagi memberi ruang kepada staf, mahasiswa, ALUMNI UTM, individu atau komuniti luar memberi sumbangan bagi memastikan Tabung Endowmen Buku Perpustakaan UTM dapat berfungsi dengan sempurna untuk merancakkan aktiviti kesarjanaan ilmu di UTM.

Objektif

  • Menyokong universiti di dalam mewujudkan pelestarian sumber kewangan Perpustakaan dalam membangun sumber ilmiah bagi tujuan aktiviti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
  • Memupuk rasa kebersamaan di dalam menyokong ke arah peningkatan peradaban dan budaya ilmu demi generasi akan datang.
  • Memperkaya koleksi Perpustakaan melalui perolehan sumber yang merangkumi pelbagai subjek kepakaran dan membantu di dalam pemarkahan Audit Akreditasi Fakulti dan MyRa.
  • Memperkaya koleksi digital Perpustakaan melalui perolehan koleksi digital bagi menyokong aktiviti penyelidikan berimpak tinggi dan merealisasikan konsep IR 4.0.