Selamat Datang Ke Portal Utama
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN PERPUSTAKAAN UTM
PENGENALAN
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN PERPUSTAKAAN UTM
Menurut Edward de Bono (1970), manusia perlu mengubah cara pemikiran mereka untuk meningkatkan kreativiti. Hanya pemikiran yang sedia berubah dapat menjana idea dan inovasi baharu. Malah beliau menegaskan, kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh individu itu sendiri.
Di perpustakaan UTM kita telah lama mengamalkan konsep ini. Kita memilih untuk berkreatif dan berinovatif apabila melihat sesuatu masalah dan berusaha untuk cari jalan penyelesaian. Berjaya atau tidak bukan persoalan, asalkan kita mencuba, cuba untuk mencari jalan penyelesaian sudah dikira satu kejayaan.
Bermula dari penubuhan awal perpustakaan di kampus Kuala Lumpur, perpustakaan telah bergerak aktif dalam menubuhkan kumpulan dan memenangi pelbagai pertandingan.
Antaranya mewakili perpustakaan di peringkat UTM, di peringkat Kebangsaan, mewakili UTM ke peringkat universiti di UMT terengganu, USIM negeri sembilan, pertandingan MPC di KLCC serta banyak lagi.
Legasi Inovasi dan kreativiti ini pastinya akan diteruskan agar semangat penambahbaikan berterusan akan terus mekar mengiringi kelestarian perkhidmatan berkualiti perpustakaan dimasa mendatang.
KOLEKSI GAMBAR & VIDEO
KIK JABATAN PERPUSTAKAAN UTM