Bengkel Endnote ini telah diadakan pada 7 Ogos 2018 di Perpustakaan Gunasama, HPT Pagoh. Menariknya ianya telah diadakan dengan kerjasama Pensyarah Kanan UTM Pagoh, Dr. Muhammad Helmi Nadri yang berperanan untuk menerangkan secara teori mengenai kepentingan citation dalam penulisan akademik. Manakala En Mohd Hazim Yusof, Pustakawan pula bertanggungjawab mengajar secara praktikal untuk memuat turun dan menggunakan perisian Endnote. Bengkel yang telah  dihebahkan kepada warga UTHM Pagoh, IIUM Pagoh dan Politeknik Tun Syed Nasir (PTSN) menerima sambutan hangat dengan penyertaan seramai 69 peserta seperti perician berikut iaitu 47 peserta adalah dari UTM manakala 22 orang peserta dari UTHM. Peserta-peserta yang mengikuti bengkel adalah terdiri daripada kalangan pensyarah, pelajar dan penyelidik.

Share this :