Seramai 16 perserta yang terdiri daripada Staf Unit Sirkulasi, Bahagian Pengurusan Koleksi menyertai program Kursus Pengurusan Sistem Transaksi Penggunaan Bilik Karel yang bertempat di Makmal Pencarian Maklumat 1, bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah, Perpustakaan UTM Johor Bahru. Program ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 7-8 Ogos 2018 .

Taklimat program ini telah disampaikan oleh Encik Salihuddin Bin Bakhri Pembantu Perpustakaan Kanan Unit Sirkulasi. Antara initipati yang telah disampikan adalah kaedah penggunaan formula pada sistem Microsoft Office Exccell dalam memudahkan kerja seharian terutama pada sistem Log Transaksi Bilik Karel di Perpustakaan Sultanah Zanariah. Para peserta juga disarankan untuk melihat bahawa program Microsoft Office Exccell dari skop yang lebih luas, bukan sahaja digunakan untuk melakukan draf jadual sahaja tetapi juga, mereka cipta sebuah “Sistem Digital Mudah” dalam kerja harian

Secara keseluruhan, input baru yang diterima oleh para peserta dalam program ini mampu memberi impak yang positif dan juga sebagai langkah pertama dalam menggalakkan budaya inovasi di tempat kerja

Share this :