Perpustakaan UTM mengucapkan terima kasih dan menjunjung tinggi budi baik Dr. Zulkifli Khair, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan di atas sumbangan buku kepada Perpustakaan UTM. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Moga usaha murni ini dapat memperkaya koleksi Perpustakaan dengan pelbagai genre dan bidang pembacaan.

Sesi penerimaan sumbangan buku ini disempurnakan oleh Pn Noraziah Sharuddin, Ketua Pustakawan dan diiringi oleh Pn Zaleha Atan -Timbalan Ketua Pustakawan (Perkhidmatan), Pn KhairulBahiyah Yaakub -Ketua Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Penyelidikan, Pn Haslina Nasir – Ketua Bahagian Pengurusan Sumber dan Katalog dan En Nasir Ibrahim – Ketua Bahagian Pembangunan Koleksi  di Ruang Read & Relax, Aras 3, Perpustakaan Sultanah Zanariah, Johor Bahru pada 13 Januari lepas.

Perpustakaan UTM mengalu-alukan sumbangan buku daripada pelbagai pihak sama ada individu atau pun syarikat. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Salina Shamsuri (salinasham@utm.my), Pustakawan Kanan Unit Hadiah & Pertukaran.

Disediakan oleh Pn Liza Porijo

Share this :