Ybhg. Dato’ Haji Mah Hassan bin Haji Omar (Presiden KL Braille Resources), merupakan bekas murid SKPK Princess Elizabeth JB yg telah menempa sejarah sebagai orang buta pertama di Malaysia ditauliahkan sebagai peguambela dan peguamcara. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Southampton, United Kingdom. Beliau telah menubuhkan KL Braille pada 15 Julai 2004 yang merupakan sebuah pusat sumber bagi masyarakat kurang upaya penglihatan. Selain berperanan di dalam meningkatkan kadar literasi, KL Braille juga menyediakan keperluan sumber manusia, mencetak buku braille, menghasilkan gambarajah timbul dan menjilid serta membungkus buku.

Antara produk yang telah dihasilkan oleh KL Braille adalah :-
i. Tongkat putih untuk membantu OKU penglihatan berjalan.
ii. Jam yang boleh memberitahu waktu.
iii. Braille Slate untuk membantu menulis Braille.
iv. Braille Dominoes membantu meningkatkan deria sentuhan dan meningkatkan keyakinan diri.
v. Braille Chess membantu orang buta aktif dalam sukan.

KL Braille berperanan di dalam pembangunan literasi Braille, pengeluaran  produk dan penganjuran kelas Braille yang memfokus kepada OKU dewasa  dan menyediakan maklumat Braille kepada golongan yang memerlukan.

Dato’ Haji Mah Hassan menekankan bahawa bantuan utama yang boleh disalurkan kepada OKU penglihatan ini ialah dengan menyumbangkan bahan bacaan yang ditaip dalam perisian MS Word di mana ia akan dicetak ke dalam tulisan Braille. Ianya sangat bermanafaat kepada golongan OKU penglihatan dalam menimba ilmu.

Disediakan oleh Pn Siti Nisrin Mohd Anis

Share this :