Sesi Read & Relax, Siri 4/2019 di Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS) telah dilaksanakan pada 28 Februari 2019, Khamis di Ruang Foyer pada jam 2.30 petang. Sesi ini telah disertai oleh 3 orang pengulas yang terdiri daripada kalangan staf PRZS. Pengulas tersebut adalah:

1. Encik Md.Razib Karno – Mind Maps For Business
2. Encik Hasanul Manzar Ismail – Gerrard : My Autobiography
3. Puan Yanti Mohd Shah – Stop Stress! Brain Detox

Pengulas 1: Encik Md.Razib Karno
Tajuk Buku: Mind Maps For Business

Buku ini berkisarkan tentang prinsip matlamat dan cara untuk mengurus fikiran. Lebih 2 juta orang menggunakan teknik peta minda. Ia digunakan dalam perniagaan dan pendidikan dengan menulis kata kunci. Ini merupakan teknik membuat keputusan yang berkait dengan hal lain untuk mencapai matlamat. Kaedah ini diaplikasikan oleh pengulas semasa menguruskan projek KOHA. Teknik ini juga dapat membuka minda berfikir seseorang.

Pengulas 2:Encik Hasanul Manzar Ismail
Tajuk Buku: My Autobiography

Buku ini berkisarkan bibliografi Gerrald, seorang kapten bola Liverpool FC yang menjadi inspirasi kepada ramai pemain dan peminat bola sepak yang menjadi tunggak kepada kelab England. Beliau seorang yang berdedikasi dan obsesi terhadap bola sepak. Beliau merupakan anak jati Liverpool. Mendapat pendedahan awal dari bapanya sendiri, beliau juga merupakan kawan rapat kepada Michael Owen. Bakatnya dikesan oleh pengurusnya dan mula diketengahkan. Pada awal kemunculan, beliau mencuba semua posisi walaupun akhirnya lebih menonjol pada posisi midfield. Beliau telah terpilih ke skuad kebangsaan England bersama Owen. Buku ini menjadi ‘Football book of the year’.

Pengulas 3: Puan Yanti Mohd Shah
Tajuk Buku: Stop Stress! Brain Detox

Buku ini berkisarkan tentang kaedah menyahtoksikkan otak yang dapat menjernihkan kembali fikiran dan hati. Apabila semuanya bersih, kehidupan akan lebih ceria, positif dan bahagia. Ia dapat menghidari kita daripada tekanan jiwa dan penyakit. Antara kaedahnya adalah dengan melakukan latihan pernafasan, senaman otak, yoga, menulis dan mendengar muzik.
Antara faktor penyumbang kepada tekanan jiwa ialah penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan.  Dalam buku ini dikongsikan cara untuk mengatasi tekanan dengan melakukan senaman pernafasan. melakukan senaman yoga untuk menenangkan otak dan berfikiran positif.

Disediakan oleh: Pn Noraini Yahya

Share this :