Seramai kira-kira 77 orang staf dan pelajar cemerlang dari Universitas Putra Indonesia Yayasan Perguruan Tinggi Komputer Padang (YPTK) Padang, Indonesia telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Raja Zarith Sofiah pada 7 Mac 2019 yang lepas. Rombongan yang diketuai oleh Rektor “YPTK” sendiri, antara lain bertujuan untuk mengetahui secara langsung berkaitan perkhidmatan, koleksi dan fasiliti yang disediakan oleh PRZS.

 

Sesi lawatan berpandu yang berlangsung hampir sejam diketuai oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Penyelidikan dan Sirkulasi PRZS. Para pelawat juga telah dibawa melihat sendiri koleksi Perpustakaan yang merangkumi Koleksi Khas UTM, Koleksi Canselor, Koleksi Tesis UTM, Koleksi Akses Terbuka serta Koleksi Khazanah Intelektual Johor. Para pelawat juga berkesempatan mengadakan sesi soal jawab sepanjang lawatan diadakan. Program berakhir dengan sesi fotografi di hadapan bangunan PRZS.

Share this :