WARISAN SENI BINA MELAYU
Rumah tua dinding pelupuh di Kampung Kota Lama Kanan, Perak.
Rumah Melayu bertangga batu di Melaka.
Rumah Bujang Salasar di Jalan Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu, Kelantan.
Dua unit bangunan, iaitu unit rumah ibu dan unit rumah tengah pada Rumah Bujang Salasar di Pulau Sekati, Kuala Terengganu.
Rumah Melayu Jambi di Kampung Pasir Gajah, Kemaman Terengganu.
Rumah Limas di Pekan, Pahang dengan ruang anjung yang memakai tebar layar.
Rumah di Sungai Merab, Selangor. Dibina daripada kayu cengal yang terpilih dan ditukang oleh tukang Melayu dari Terengganu dan Kelantan.
Sebuah rumah Melayu di Balik Pulau dindingnya penuh dengan ukiran.
Rumah Bujang Barat di Kampung Panglima Perang, Kuala Terengganu.
Rumah Panjang Kedah di Kampung Langgar, Kedah.
Rumah Potong Patani, di Kampung Lohor, Lenggong.
Rumah Kutai di Kampung Lembah, Kota Lama Kanan. Rumah ini memakai dinding tepas (pelupuh) dengan menggunakan atap rumbia.
Rumah bumbung panjang di Jalan Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang berbentuk gajah menyusu dengan ruang serambi di hadapan, ruang tengah dan ruang dapur.
Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan dengan ruang serambi hujung dan ruang serambi pangkal juga terdiri daripada ruang rumah tengah dan ruang dapur.
Rumah Tiang Dua Belas berusia lebih satu abad, terletak di Kampung Tok Tumpat, Kelantan. Rumah ini memperkenalkan dinding yang dipanggil Dinding Janda Berhias.
Sebuah rumah Bujang di Kampung Melayu Kuching, Sarawak.
Tingkap berukir yang memakai kekisi pada sebuah rumah berusia tua dampung Seri Lemak Rembau,Negeri Sembilan.
Tiang gantung untuk tambahan di bahagian ruang serambi di Kampung Lubuk Cina, Negeri Sembilan.
Kedudukan sendi tiang dan dinding berukir pada rumah berusia tua di Kampung Seri Lemak, Rembau, Negeri Sembilan.
Tiang gantung digunakan untuk menyokong lantai pada rumah yang ada ruang peran.
Indahnya tingkap serambi rumah ini yang dihiasi ukiran dan langsir biru. Rumah ini terletak di Kampung Bukit, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Tingkap rumah Melayu, biasanya dipasang kisi-kisi berukir sebagai penghalang kanak-kanak terjatuh, kisi-kisi berukir yang berlubangan, disebut Pagar Tinggalung.
Ukiran bermotif pucuk rebung yang biasanya terdapat di cucuran atap dalam seni bina rumah Melayu tradisional.
Tingkap pada sebuah rumah berusia tua di Kampung Pasir Durian, Kuala Tembeling, Pahang, dengan ukiran bermotif kelawar seolah-olah menjadi penjaga rumah.
Rumah Limas di jalan Melaka ke Muar.
Rumah Limas Potong Perak di Kuching, rumah ini hampir sama bentuknya dengan Rumah Duduk Fesyen Belanda di Terengganu.
Rumah Limas Potong Perak di Jalan Raja Uda Kampung Bharu Kuala Lumpur.
Rumah-rumah di tebing sg Perak di Kg Beng Lenggong Perak. Suasana yang aman damai oleh persekitaran semula jadi.
Rumah Duduk Fesyen Belanda di Kuala Terengganu, kelihatan Kayu Tunjuk Langit atau Kayu Buton dipasang di puncak bumbung.
Pemandangan dari sisi rumah di Kg Lundang Masjid Tanah Melaka.
Rumah Duduk Fesyen Belanda terletak di tengah bandar Kuala Terengganu.
Rumah berbentuk Rumah Bugis di Kampung Sungai Kuali, Pontian, Johor.
Pemandangan sebuah kampung Melayu tradisional di Kuala Linggi, Melaka, masih dengan persekitaran yang asal.
Rumah Limas Perabung Lima, di Kajang, Selangor. Rumah beratap genting dan bertangga batu. Rumah ini adalah milik orang-orang berada pada zaman sebelum merdeka.
Sebuah rumah Melayu yang indah di Kampung Jenderam Hilir, Selangor.
Rumah Limas Potong Perak di Kampung Melayu, Kuching, Sarawak, hampir sama dengan Rumah Duduk Fesyen Belanda d Terengganu.