Busana Tradisional
BUSANA TRADISIONAL NEGERI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Pengantin lelaki memakai Jubah Labuh dari kain broked, sibai bertekat dan hiasan kepala tarbus berhias tajuk mahkota. Pengantin perempuan berbaju kurung broked dan kain songket, siba layang dari baldu bertekad benang emas, manik dan labuci. Hiasan kepala sanggul lintang berserikan bunga melur.
BUSANA TRADISIONAL NEGERI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Lelaki memakai Baju Kurung moden dengan samping dan ikat kepala. Wanita pula memakai Baju Kurung Teluk Belanga sutera yang dipadankan dengan kain sarung tapak catur.
BUSANA TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Baju Sikap pakaian istiadat dari kain baldu dipakai dengan samping ikatan tindih kasih dan tengkolok ikatan Dendam Tak Sudah.
BUSANA TRADISIONAL NEGERI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Baju Melayu Cekak Musang dipadankan dengan kain samping ikat pancung, bengkung dan tengkolok ikatan kreatif.
BUSANA TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Pakaian wanita Minangkabau dari broked yang diberikan sentuhan baju moden masih menggunakan tekuk leher. Dipakai dengan kain sarung songket bunga penuh ikatan ombak mengalun.
BUSANA TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Baju Kurung moden dipadankan dengan tekuk leher dari songket berhiaskan rerambu benang emas. Penutup kepala dari kain broked diperindah dengan benang emas juga.
BUSANA TRADISIONAL NEGERI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Lelaki memakai Baju Sikap sebagai pakaian pembesar dilengkap samping dan tengkolok broked. Wanita pula berbaju Kurung Teluk Belanga broked yang dipadankan dengan kain sarung satin. Dada dihiasi sibar layang dari baldu bertekad manik dan labuci. Kepala memakai sanggul lintang.
BUSANA TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Baju Kurung satin bersulam benang emas atau perak. Pakaian asal wanita Minangkabau dan Palembang yang dipadankan dengan kain songket. Tekuk leher dari baldu bertekad benang emas dan penutup kepala juga dari kain songket atau broked.
BUSANA TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Baju Kurung moden dipadankan dengan tekuk leher dari songket berhiaskan rerambu benang emas. Penutup kepala dari kain broked diperindah dengan benang emas juga.
BUSANA TRADISIONAL NEGERI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Baju Kebaya Labuh biru dipadankan dengan selendang renda hitam keemasan.
BUSANA TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Baju Kurung Cekak Musang pakaian adat Negeri Sembilan dari songket jalur berdiri. Pakaian ini diperlengkap dengan samping bunga penuh dan tengkolok ikatan Dendam Tak Sudah.
BUSANA TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Baju Kurung Cekak Musang sutera bunga tabur dipakai selengkapnya bersama kain samping, bengkung dan tengkolok ikatan Dendam Tak Sudah.
BUSANA TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Pakaian adat berasal dari Sumatera Barat. Lelaki berbaju Kurung Cekak Musang, samping ikat pinggang dan destar. Wanita memakai Baju Kurung bersulam, kain sarung dan tekuk dada serta pakaian kepala tengkuluk.
BUSANA TRADISIONAL KEDAH DARUL AMAN
Baju Melayu Cekak Musang polos dipadankan samping kain tenun dan Baju Sikap.
BUSANA TRADISIONAL KEDAH DARUL AMAN
Baju Melayu polos, berpotongan jaket, bersamping pelikat dan bersongkok. Wanita berbaju Kurung Kedah kain baldu dipadankan kain tenun dan selendang.
BUSANA TRADISIONAL KEDAH DARUL AMAN
Kebaya Labuh broked Cina dipadankan kain pelikat dan selendang sifon.
BUSANA TRADISIONAL KEDAH DARUL AMAN
Baju Kurung Kedah daripada sutera Cina dipadankan kain tenun. Berselendang sifon bersulam benang keemasan.
BUSANA TRADISIONAL NEGERI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Lelaki Chettiar memakai jaket putih polos berkain pelikat dan berselimpang serta bersongkok Jawa yang diubahsuai.
BUSANA TRADISIONAL KEDAH DARUL AMAN
Baju Melayu polos digandingkan seluar berbeza warna. Lengkap berbaju Sikap corak berjalur dan samping kain tenun.
BUSANA TRADISIONAL KEDAH DARUL AMAN
Baju Melayu Cekak Musang biru dipadankan samping songket dan Baju Sikap fabrik broked.
BUSANA TRADISIONAL NEGERI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Baju Melayu Teluk Belanga yang sudah dipermodenkan, digandingkan dengan samping corak geometrik dan bengkung.
BUSANA TRADISIONAL KEDAH DARUL AMAN
Kebaya Labuh corak bunga renik rona hitam dipadankan kain batik lepas dan selendang.
BUSANA TRADISIONAL KEDAH DARUL AMAN
Baju Melayu Cekak Musang polos, bersamping songket dan berbaju Sikap baldu bersulam serta tengkolok. Pasangan berbaju Kurung Kedah fabrik songket bunga tabur sedondon diserikan selendang songket bunga penuh.
BUSANA TRADISIONAL NEGERI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Baju Kebaya Panjang dari kain les dan Baju Kecik juga dipadankan dengan kain batik lazimnya dari Perkalongan.