Maklumat Projek

Pengenalan

Jabatan Perpustakaan UTM bergiat aktif atas usahasama rakan strategik dalam memperkaya sumber bahan bacaan dalam format braille bagi keperluan Murid Berkeperluan Khas (MBK) Kelainan Upaya Penglihatan peringkat sekolah rendah dan menengah dalam menyokong pembentukan pembudayaan ilmu serta pembelajaran sepanjang hayat seiring dengan aspirasi Pendidikan Malaysia. Tahun 2000 merupakan titik tolak bermulanya PROJEK BACA CELIK HATI

Perjalanan Projek

2000

Pihak sekolah memerlukan menterjemah jawi ke dalam bentuk Braille

2004

Menterjemah buku teks jawi Pendidikan Islam tahun 4 ke dalam bentuk Braille

2018

Menterjemah buku cerita kanak-kanak menggunakan perisian Duxbury Braille Translator (DBT)

2019

Laksana dua projek:
i. Transliterasi 500 bahan bacaan ke dalam bentuk Braille

ii. Penghasilan Special Learning Tool Kit (SLTK)

2020

Penghasilan audio book dan penjanaan kod QR bahan SLTK bagi fasa 1 dan muatnaik di laman web SLTK

2021

Pembangunan kod QR beserta audio bahan SLTK bagi fasa 2

Pertandingan & Anugerah

Jabatan Perpustakaan UTM telah dinobatkan sebagai
Pemenang Tempat Pertama dalam Pertandingan SDG Perpustakaan Akademik 2022 melalui “Projek Terangi Hatiku: Bahan Braille Special Learning Tool Kits” anjuran Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Akademik, Persatuan Pustakawan Malaysia