BACA
ANEKDOT PERSONALITI BIDANG KEPUSTAKAWANAN
KATA-KATA HIKMAH
Mengenai Membaca/Pembacaan
Memupuk budaya suka membaca hendaklah dilaksanakan sejak dari kecil. Kanak-kanak harus tahu membaca dan mengikuti aktiviti perbukuan yang mesra untuk membantu perkembangan minda mereka, kerana membaca ialah aktiviti yang menyeronokkan dan bukan membebankan.
Membaca bukan untuk lulus peperiksaan. Membaca untuk mendapat ilmu pengetahuan dan boleh membuat otak sihat serta meningkatkan minda untuk berfikir.
Hajah Alimah Salam
Ketua Pustakawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (1977-2002)
Pengurus Perkhidmatan Perpustakaan Effat College,
Jeddah, Saudi Arabia (2004-2010)
Setiausaha Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) (2018-2021)
Everything attracts me as a reader, books about different cultures, countries, problems. I read for pleasure and to find other perspectives on how to think or solve a problem. My 2 cents on reading or rather my DIYs to strengthen your reading habits: Always have a book around, set a reading goal, keep a log, keep a list, turn off the television or your mobile phones! Sounds awful isn’t it… 😉
Listen when you can’t read. Join a reading group or book club. Visit the library or bookstore often, and lastly build your own reading strategy. There is no substitute for reading when it comes to compiling information or keeping alert of current issues. Information may appear in different media, but the point is that one still has to read!
Encik Azahar Mohd Nor
Chief Librarian, Petroleum Resource Centre PETRONAS (2002-2014)
Membaca vitamin minda Membaca penenang jiwa
Membaca meningkatkan kemahiran berfikir Membaca kunci penyelesaian masalah
Apa yang anda baca hari ini menentukan siapa anda hari esok.
Hanya dengan membaca mampu mengubah dunia, paling tidak mengubah diri sendiri.
Jadi kenapa tidak mahu membaca sedangkan itu suruhan Allah yang pertama?
YBhg. Datin Hajah Che Normadiah Hj Che Abbas
Penasihat Pertubuhan Guru Perpustakaan dan Media Malaysia (2013-kini)
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (2014/2016)
Penaung Kembara Bakti Guru Perpustakaan dan Media Malaysia (2013-kini)
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pusat Sumber Sekolah Persatuan Pustakawan Malaysia (2020/2022)
The best gift you can give to your children / grandchildren is to start reading to them from a very young age.
Reading provides a wonderful opportunity for bonding among family. Reading stimulates the child’s imagination and develop to be the best critical thinker and writer.
Puan Chin Loy Jyoon
Vice President II, Librarians Association of Malaysia (2016-2020)
Secretary, IFLA Standing Committee on Management of Library Associations Section (2021-2023)
Director, National Library of Malaysia (2016-2017)
I am what I am today partly because of reading. Thank you to my family who encouraged me to read when I was young, to my teachers who urged me to read when I was growing up, and to the libraries and librarians who provided access to reading materials.
Reading has been a source of knowledge, of happiness, of pleasure and even of courage. In today’s world, with so much more to know and to learn, the importance of reading is even more important. If we want our society to advance, we need to encourage reading even more.
Dr. Diljit Singh
Associate Professor, University of Malaya (1995-2014)
Chairman, Research Committee, Librarians Association of Malaysia (2020-2022)
Faktor luaran memainkan peranan penting di dalam kejadian seseorang insan. Memupuk budaya membaca seawal bayi merupakan langkah terawal ke arah itu, kerana sesungguhnya, Membaca Membuka Minda. Bimbingan dan penyediaan kemudahan yang termampu adalah tanda sokongan kita terhadap potensi mereka. Institusi perpustakaan tersedia untuk diterokai. Bimbingi dan galakkan meraka. IQRA’!
Encik Hasbullah Atan
Ketua Pustakawan Universiti Perubatan Antarabangsa (2003-2010)
Ketua Pustakawan Universiti Antarabangsa Albukhary (2010-2014)
Ketua Pustakawan Sampoerna University Jakarta (2014-2016)
Ketua Pustakawan Universiti Perdana (2016-2020)
Membaca membuka minda saya kepada ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Semasa dewasa saya berminat membaca fiksyen kerana ianya ringan pada fikiran saya. Apabila dah bersara saya lebih gemar membaca buku-buku tentang sejarah Islam dan autobiografi/memoir tokoh-tokoh terkenal kerana saya mempunyai lebih banyak masa jika dibandingkan semasa bekerja untuk mendalami kandungan buku-buku tersebut.
Jadilah buku teman kita sepanjang masa. Buku boleh menghilangkan bosan menunggu giliran dalam apa jua urusan yang kita hadapi dan sebab itulah buku menjadi teman sejati saya.
Puan Maimunah Kadir
Ketua Perpustakaan Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (1984-1998)
Ketua Pustakawan Perpustakaan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (1998-2011)
Ketua Pustakawan Universiti Perdana (2013-2015)
Presiden Persatuan Pustakawan Malaysia (2013/2014)
Get children to start reading at a very young age. Do not force your children to read what you want them to read. Let them read what they want to read even if it is comics. To make your children read, make sure your children see you holding and reading a book.
Another way to encourage children to read is to encourage them to write stories or non-fiction. Bedtime stories and storytelling are very important especially when the children are very young.
YBhg. Datin Mariam Abdul Kadir
Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (1990-1999)
Presiden Persatuan Pustakawan Malaysia (1989/1993)
Apa yang kekal di ingatan setiap kali bercakap mengenai membaca adalah arwah abah. Setelah arwah melihat saya asyik bermain dan tidak langsung membelek buku sekolah, arwah menyuruh saya membaca buku teks bahasa Inggeris di hadapannya. Sambil menangis saya membaca “Aishah, don’t touch the flowers.” Seingat saya, terdapat ilustrasi seorang kanak-kanak perempuan berdepan dengan sepasu bunga berwarna kuning. Ayat dan imej ini kekal dalam ingatan saya sehingga kini. Ketika itu saya baru berusia lapan tahun dan mungkin itu yang mendorong saya untuk membaca sebagai bukti kepada arwah yang saya boleh membaca.
Mungkin juga minat membaca timbul kerana arwah mempunyai koleksi buku yang banyak dan saya sering membaca buku-buku arwah terutamanya buku-buku sejarah. Justeru, minat membaca perlu ditanam seawal mungkin dalam semua individu. Kita perlu bermula dengan membaca buku dengan anak-anak sebelum waktu tidur malam walaupun mereka belum mengenal huruf lagi. Aktiviti membaca ini perlu diteruskan sehingga ianya menjadi satu tabiat di kalangan ahli keluarga kita.
Dr. Nor Edzan Che Nasir
Setiausaha IFLA Regional Standing Committee for Asia and Oceania (2017-2021)
Ketua Pustakawan Universiti Malaya (2007-2017)
Presiden Persatuan Pustakawan Malaysia (2014/2016)
Reading supplies a person with the information needed and helps one to comprehend situations and issues better. Conferring with another person hones all that information and knowledge helps students especially to prioritise the massive amount of information pertinent for their studies.
In Universiti Kebangsaan Malaysia, for example, outstanding students with good reading habits through high usage of library materials, digital library and databases are honoured by the UKM Library with awards named “Anugerah Pencinta Ilmu” (Love for Knowledge Award). It is not surprising that the top outstanding UKM graduates awarded with the Anugerah Pencinta Ilmu would achieve academic excellence. The reading awards are listed in the citations of these top achievers who are often seen to be conferred with the prestigious awards namely the Anugerah Naib Canselor or Anugerah Tun Abdul Razak.
Puan Putri Saniah Megat Abdul Rahman
Chief Librarian Universiti Kebangsaan Malaysia (2000-2006)
President Librarians Association of Malaysia (2005/2008)
Senior Fellow Universiti Sains Islam Malaysia (2007-2013)
MAGIK MEMBACA
Kita membaca supaya memperoleh pemahaman, maklumat, arahan, hiburan, dan juga untuk melawat tempat lain walaupun terpaksa tinggal di mana kita berada, misalnya semasa pandemik COVID-19. Membaca membawa pelbagai persepektif. Bayangkan, kita mampu memasuki minda pengarang dengan hampir tiada kos! Terutama sekali, membaca adalah pelaburan dalam ilmu yang memperkaya kehidupan dengan meningkatkan kreativiti, ingatan serta kecekapan sosial dan komunkasi kita.
Jom kita rajin membaca.
Puan Rashidah Begum Fazal Mohamed
Ketua Pustakawan Universiti Sains Malaysia (1995-2001)
Presiden Persatuan Pustakawan Malaysia (1999/2001)
Reading books can help fight isolation, ‘connect’ you to other places, people and ideas, through your imagination, and who knows, excite your creative juices to innovate better things to help ease the situation. Take the advantage of the confined closeness with your family, the ample time you have together, to reignite and rediscover the love of reading in yourself, to inculcate the love of reading in your children and other family members.
Reading is therapy, reading is comfort, and reading is escapism. Reading creates ideas. Reading generates another form of property, your INTELLECTUAL PROPERTY. For those who created business opportunities in these times, use your intellectual property (IP) rights to build stronger, more competitive, and resilient businesses.
YBhg. Datu Dr. Hajah Rashidah Bolhassan
Chief Executive Officer, Sarawak State Library (2000-2020)
President, Librarians Association of Malaysia (2020-2022)
Permanent Secretary, Ministry of Welfare, Community Wellbeing, Women, Family and Childhood Development Sarawak (KWKPK) Malaysia (2020-present)
Bak kata pepatah, “kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”, begitulah juga dengan ilmu, kalau tak dibaca manakan dapat manfaatnya.
Membaca ialah kunci kepada perpustakaan ilmu dan menjadi petunjuk kepada tahap peradaban sesuatu bangsa. Marilah kita tingkatkan pembacaan dan bijak memilih apa yang dibaca agar dapat sama-sama meraih kekayaan ilmu.
Profesor Dr. Sohaimi Zakaria
Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi Mara (2017-2021)
The most effective way to learn is to teach, but to teach you have to be knowledgeable about the topic that you want to teach others. To be competent you have to read extensively and critically, be analytical to make conclusions and summaries comprehensively. Reading is the key to be good teachers. Reading too can help a person keep up with changes that are constantly taking place to adjust accordingly.
Tuan Syed Salim Agha
President, Librarians Association of Malaysia (1974/1975)
Chief Librarian, Universiti Pertanian Malaysia and later known as
Universiti Putra Malaysia (1974-1995)
Chief Librarian, Islamic International University Malaysia (1995-2007)
As a University Librarian, READING means more to me than just different levels of comprehension – literal, interpretative analytical, topical, etc. There are therefore different levels to reading, described variously by different language experts. But in the context of university I worked in, reading is the “tool” or the catalyst for university learning, teaching and research. In other words – purposeful reading. Whether it be for assignments, teaching, or research or recreational the objective of reading is very clear. It is basically for information searching, selecting, gathering, retrieving, organizing, and finally presenting in the form of assignments, examinations, lectures, research, proposals, theses etc.
Seen in this contact READING becomes meaningful dan purposeful. Seen in this contact READING therefore plays a critical role in university. This is the reason why University Libraries should proactively offer Information Literacy course as part and parcel of the university curricula. How and what to offer depends on the ingenuity of the Library and how much it wants to remain relevant to the university it serves.
YBhg. Dato’ Dr. Zaiton Osman
Chief Librarian, University of Malaya (1993-2002)
President, Librarians Association of Malaysia (1983/1984)
Membaca adalah santapan rohani. Makanan berkhasiat menjadi zat untuk membina tubuh badan yang sihat. Membaca dan menelaah bahan yang kaya ilmu membina minda dan pemikiran yang sihat. Kesuburan minda memudahkan penerapan ilmu yang memanfaatkan. Galakkan tabiat ingin tahu, rajin bertanya dan gemar membaca dari sewal usia, bakal terpupuk amalan dan kecenderungan pembelajaran sepanjang hayat.
Jauh perjalanan banyak pengalaman, luas pembacaan banyak ilmu ditimba. Walaupun tidak dapat melakukan perjalanan, membaca membolehkan kita terus menambah pengalaman dan ilmu. Hampir semua ilmu dan maklumat yang diperlukan tersedia dalam sumber-sumber pelbagai bentuk dan saluran. Kemahiran mencapai dan menggunakan sumber-sumber ini adalah kunci memperolehi pengalaman dan ilmu seluas- luasnya.
YBhg. Dato’ Zawiyah Baba
Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (2001-2005)
Presiden Persatuan Pustakawan Malaysia (1984/1986) (2001/2005)
BIODATA PENULIS
SITI SUMAIZAN RAMLI
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Zainab dan Sekolah Menengah Zainab di Kota Bharu, Kelantan. Bidang pengajian pertama adalah Mikrobiologi dengan memperoleh Ijazah B.Sc (Hon.) UKM pada 1986 dan diikuti Post-Graduate Diploma in Library Science pada 1988 di ITM. Mula bertugas sebagai Pustakawan di UPM pada 1989, kemudian di UNIMAS selama 18 tahun sebagai Pustakawan sehingga menjadi Timbalan Ketua Pustakawan. Jawatan terakhir adalah sebagai Ketua Pustakawan di Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI sebelum bersara pada Disember 2020. Sangat aktif sebagai AJK dalam PPM Kumpulan Sarawak sejak di UNIMAS, kemudian Ahli Majlis PPM dan kini sebagai Naib Presiden 1 PPM serta Pengerusi JK Kecil Latihan PPM. Menghadiri pelbagai persidangan di dalam dan luar negara termasuk CONSAL dan IFLA WLIC serta menjadi ahli Jawatankuasa Kebangsaan bagi penganjuran IFLA Kuala Lumpur pada 2018. Beliau juga terlibat dalam penganjuran program KLWBC 2020. Pencapaian utama adalah pembangunan sistem perpustakaan Millennium di UNIMAS dan pembangunan UPSI Digital Library di Kompleks Akademik UPSI.
ALI RASHID
Encik Ali bin Rashid merupakan anak kelahiran dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Beliau menerima pendidikan awal di SMK Pending Kuching dan seterusnya melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 1999-2002. Beliau pernah bertugas sebagai Pustakawan di beberapa perpustakaan antaranya Kolej PTPL Cawangan Kuching, Kolej Chermai Jaya, Hospital Umum Sarawak dan Politeknik Kota Kinabalu Sabah. Kini beliau bertugas di Perpustakaan Negara sebagai Pengarah Perpustakaan Cawangan dan Komuniti, Perpustakaan Negara Malaysia. Encik Ali bin Rashid merupakan Ahli Majlis PPM dan pernah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pustakawan Harapan daripada Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) pada tahun 2017.
SITI SALBIAH RADUAN
Beliau berkelulusan Certified Knowledge Manager (International KM Institute, Washington DC), Master of Library and Information Science (IIUM), B. Economics (Hons) Malaya (Public Admin) dan PGDLS (MIT). Beliau antara kakitangan perintis yang membangunkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sejak 1986 dan berkhidmat selama 20 tahun. Beliau diminta oleh Bank Negara Malaysia menjadi perintis dalam pasukan penubuhan yang menubuhkan dan membangunkan INCEIF (Universiti Kewangan Islam Global) sebuah universiti butik, pada tahun 2006. Beliau merupakan Pengarah, Pusat Pengurusan Ilmu, yang menjadi ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi (MCM) dan juga ahli Jawatankuasa Akademik (ACM) Universiti itu, yang setaraf Ahli Senat di universiti konvensional. Berkhidmat di Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai Pengurus Besar, KM, dalam tahun 2016. Menjadi Perunding KM dan Jurulatih Pengurusan bebas untuk Bank Negara Malaysia, Universiti seperti UiTM, UTP, UPSI, KUIZA, KUTKM, Kementerian Kesihatan, dan Kadir, Andri & Partners. Menerima 3 kali Anugerah Khidmat Cemerlang (peringkat Jabatan dan institusi) sepanjang perkhidmatan. Beliau sebagai penulis kreatif sambilan yang telah memenangi pelbagai anugerah sastera seperti 4 kali HSKU, 3 kali HSJDT, juga memenangi sayembara Penulisan ITBM-PENA2. Karya termuat dalam 7 antologi, sejak tahun 2000 hingga sekarang.
ZAHRAH YUNOS
Dr. Zahrah Yunos merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian daripada Universiti Sains Islam Malaysia. Kini berkhidmat sebagai Pegawai Pergigian di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Seorang yang suka membaca, mengembara, dan menulis. Selain Projek Bibliofil, penulis pernah menyumbang artikel untuk buku Revolusi Tanpa Budi Tidak Pernah Menang, Seruan Lelaki Budiman, Risalah Malaysia Membaca, dan anekdot di dalam Alkisah Doktor Kolget.
A’DILLAH MUSTAFA
Penulis berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan sekarang menetap di Puncak Alam, Selangor. Bertugas sebagai Pensyarah Kanan semenjak tahun 2010 dalam bidang Pengurusan Perpustakaan di Fakulti Pengurusan Maklumat, Kampus Puncak Perdana, UiTM Cawangan Selangor. Mempunyai minat yang mendalam dalam memperkasakan perpustakaan di rumah sebagai satu wadah kekeluargaan yang sihat. Sering menyampaikan ceramah dan bengkel berkaitan pembangunan dan pengurusan perpustakaan di rumah. Juga sedang bergiat aktif dalam penulisan ulasan buku. Berpengalaman sebagai Pustakawan selama 11 tahun sebelum menceburi bidang akademik. Bidang kepakaran dan penyelidikan beliau adalah Evidence-Based Librarianship, Perolehan Bahan Perpustakaan, dan Perhubungan Awam dan Penglibatan Masyarakat. Di masa lapang, gemar membaca dan memasak.
RAFIDAH ABDUL AZIZ
Puan Rafidah binti Abdul Aziz, berasal dari Ipoh, Perak dan kini menetap di Shah Alam, Selangor. Mempunyai pengalaman bekerja sebagai pustakawan selama 13 tahun dan 12 tahun sebagai pensyarah kanan di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana dalam bidang pengurusan perpustakaan. Beliau juga merupakan Presiden untuk Persatuan Biblioterapi Malaysia (PERBIMA), iaitu salah satu NGO di Malaysia berkaitan dengan terapi membaca untuk kesihatan mental. Pada masa ini juga beliau sedang melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Kedoktoran (separuh masa) dalam bidang biblioterapi.
MIMI SALLEH
Anak kelahiran Kuala Lumpur ini pemegang ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi Perniagaan dari Illinois State University (ISU) dan Sarjana Sains Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Berpengalaman lebih 20 tahun dalam dunia penerbitan sebagai seorang wartawan, penerbit dan penulis. Sehingga tahun 2020, 10 buah buku telah dihasilkan. Bukunya bertajuk Naif terpilih antara ‘50 Best Malaysian Titles for International Rights’ 2020. Pada tahun 2021, beliau terpilih antara ‘top 20 best Malaysia Virtual Experience’ untuk mengadakan showcase bagi Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan terpilih menjalani ‘Art Writing Mentorship Program’ di bawah Aswara-Cendana.
HASNITA IBRAHIM
Hasnita Ibrahim merupakan Pengurus Maklumat di Perpustakaan Digital Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat (UM) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Perpustakaan (UiTM). Berpengalaman menyelaras projek digital berita, Portal, Facebook, pameran, latihan, aktiviti galakan membaca, pemasaran perpustakaan, Kelab Bibliofil, Bilik Biblioterapi, Kempen 3B dan Mini Karnival. Telah membentang lebih 30 penulisan/ kertas kerja. Ahli seumur hidup PPM dan pernah menjadi Naib Presiden I, Ahli Majlis, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Khusus, Pengerusi bersama Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia (PTPM), Pengerusi Jawatankuasa Kecil Latihan dan Panel Pembanguanan Standard Kepustakawanan (NOSS). Penerima anugerah Pustakawan Harapan PPM (2008), Anugerah AKRAB Proaktif (2017), Anugerah Pekerja Cemerlang (2005/2010/2018) dan Anugerah Khidmat Lama (2017/2021). Merupakan Ahli Panel Penasihat Luar (Industri) UNISEL dan Exco Persatuan Biblioterapi Malaysia (PERBIMA).
MOHD FAIZAL HAMZAH
Dr. Mohd Faizal Hamzah kini bekerja sebagai Pustakawan Kanan di Universiti Malaya (UM). Beliau juga merupakan pensyarah sambilan di Universiti yang sama. Pendidikannya bermula pada tahun 2006 di mana dia telah menamatkan Diploma Pengurusan Maklumat di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda dan Sarjana di universiti yang sama pada tahun 2008 dan 2011. Pada tahun 2019, dia berjaya menamatkan pengajian graduate on time (GOT) untuk Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam Pengurusan Maklumat (Reka bentuk kerja dan prestasi kerja). Berpengalaman lebih daripada 13 tahun dengan lebih daripada 32 penerbitan artikel dalam bidang Ilmu Perpustakaan dan pengurusan maklumat, Dr. Faizal telah dianugerahkan banyak penghargaan. Salah satu anugerah paling berprestij yang diterimanya ialah Anugerah Pustakawan Aspirasi Malaysia pada tahun 2015. Beliau juga aktif berpersatuan dan merupakan Naib Presiden II untuk Persatuan Pustakawan Malaysia, Pengerusi untuk Kumpulan Golongan Khas Perpustakaan, dan Pengerusi Kuala Lumpur World Book Capital: 2.0 The Finale (KLWBC 2.0: The Finale).
Rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat boleh menjadikan buku ‘Baca’ sebagai panduan bagi meningkatkan minat serta aktiviti membaca walau di mana sahaja mereka berada. Masyarakat perlu diyakinkan dan diingatkan akan faedah membaca yang menjadi kunci utama kepada pembelajaran sepanjang hayat.
Sehubungan itu, penerbitan buku ‘Baca’ turut memperkenalkan perpustakaan dan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) sekali gus mengangkat penglibatan dan kepentingan profesion kepustakawanan kepada masyarakat. Buku‘Baca’ini merangkumi aktiviti anjuran PPM dan rakan kolaborasi semasa meraikan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 (KLWBC 2020).
Istimewanya, buku ini turut dibuat dalam paparan infografik di penghujung bab dan pelbagai foto menarik aktiviti membaca. Buku ini mengandungi bab-bab terpilih dan perkongsian kata-kata hikmah oleh mereka yang terlibat dalam bidang kepustakawanan dan perbukuan.
Hasrat PPM dengan kejayaan Malaysia menganjurkan KLWBC 2020, dunia perbukuan terus maju dan individu serta pelbagai organisasi bersatu padu menyumbang kepada perkembangan peradaban masyarakat dan negara.