SPECIAL LEARNING TOOL KIT
Pengenalan
Special Learning Tool Kit (SLTK) mengandungi bahan bacaan dalam bentuk pengetahuan am yang merujuk kepada poster, risalah serta bahan bacaan umum yang lain. Kejayaan menghasilkan SLTK adalah merupakan sebahagian daripada progam khidmat masyarakat yang diadakan secara sinergi dengan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bahru.Tujuan utama ialah untuk mewujudkan ekosistem membaca yang produktif serta menyuburkan minat membaca di kalangan murid berkeperluan khas khususnya dalam kategori kurang upaya penglihatan dan sebagai landasan untuk melahirkan murid-murid berkeperluan khas yang berpotensi dan mampu bersaing dalam arus globalisasi seiring dengan murid-murid lain.
2019
Pembangunan sebanyak 15 kit bagi tajuk berikut:
- Bendera Malaysia
- Pencipta Jalur Gemilang
- Rumah Tradisional Malaysia
- Tempat Bersejarah di Negeri Johor
- Tokoh Tempatan yang Menentang British
- Istana Lama Raja-raja Melayu
- Busana Tradisional
- Muzik Tradisional Melayu
- Alat Muzik Tradisional Melayu
- Warisan Tradisional Seni Halus
- Teater Tradisional Melayu
- Tokoh Nasionalis Tanah Melayu
- Perdana Menteri Malaysia
- Seni Bina Bangunan Bersejarah Johor
- Tokoh Kemerdekaan & Penubuhan Malaysia
2020
Pembangunan kod QR fasa I melibatkan 5 kit yang merangkumi proses rakaman suara bahasa melayu dan bahasa inggeris, suntingan rakaman dan penghasilan kod QR. Pembangunan laman web kod QR bagi sebaran maklumat bahan SLTK yang lebih meluas dan dapat dimanfaatkan secara optimum bukan sahaja di peringkat sekolah malahan kepada semua pelajar berkeperluan khas di seluruh Malaysia.
2021
Pembangunan kod QR fasa II melibatkan 5 kit yang merangkumi proses rakaman suara suara bahasa melayu dan bahasa inggeris, suntingan rakaman dan penghasilan kod QR. Pembangunan laman web CSR di Portal Perpustakaan UTM bagi projek “Our Special Project : A Little Knowledge, A Million Hopes”