WILAYAH PERSEKUTUAN
Wilayah Persekutuan
Wilayah Persekutuan di Malaysia terdiri daripada tiga Wilayah: Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, yang ditadbir secara langsung oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia, Putrajaya merupakan ibu kota pentadbiran dan Labuan adalah sebuah pusat kewangan luar pesisir antarabangsa.