PENGENALAN EKSA
PERPUSTAKAAN UTM
POLISI EKSA
“Kami warga PERPUSTAKAAN berazam untuk mengamalkan budaya ekosistem kondusif sektor awam melalui Amalan EKSA bagi memastikan ruang kerja bersih, kemas, selesa dan selamat ke arah budaya kerja cemerlang untuk kepuasan pelanggan”
OBJEKTIF EKSA
- Mewujudkan ruang kerja yang selesa dan selamat mengikut amalan EKSA
- Meningkatkan disiplin dan budaya kerja berpasukan dengan penglibatan semua warga kerja
- Melaksanakan usaha penambahbaikan berterusan
- Mengurangkan pembaziran dan meningkatkan produktiviti
- Meningkatkan kepuasan pelanggan bagi kecemerlangan organisasi.
PENJENAMAAN SEMULA 5S
EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor awam sejak tahun 2010. Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif.
Amalan 5S ditambah baik dengan menambah elemen baharu, iaitu: