Pembangunan

1. Mewujudkan satu sistem atas talian yang flexible yang boleh menguruskan pelbagai tugas di UPPM.

2. Mewujudkan akses mudah yang boleh mengesan semula rekod aktiviti / senarai tugas atau tugasan yang telah dilakukan.

Idea asal sistem ini telah tercetus daripada usaha sama kumpulan KIK Kristal Lib yang diwujudkan pada awal tahun 2015. Kumpulan ini telah bekerjasama bagi menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi dalam Bahagian Pembangunan Sumber terutamanya permasalahan pemantauan tugasan yang dilakukan oleh staf UPPM.

Pada masa itu, pembangunan sistem hanya melibatkan kerja kerja akhir, iaitu senarai kerja kerja rakaman video dan rakaman TV, yang berlaku di UPPM dan diselenggara oleh Pn. NorHafiza Daud Kaiyin. Sebelum ini, kesemua pemantauan adalah dalam bentuk manual, termasuklah penggunaan fail dan papan pergerakan staf. Beberapa jenis sistem atas talian dan juga penggunaan borang pengagihan tugasan telah digunakan untuk mengurangkan permasalahan pemantauan. Daripada beberapa sistem yang diujicuba, Producteev telah dipilih untuk digunakan serta dimajukan bagi tujuan tersebut.

Sistem ini dipilih daripada beberapa sistem lain yang lebih kompleks serta mahal. Ianya dipilih berdasarkan kos yang amat murah, mudah difahami oleh pengguna dan ianya amat stabil digunakan. Malahan, ianya dapat di akses daripada 3 cara iaitu, portal, email dan aplikasi mobile.

Kumpulan KIK Kristal Lib berpendapat bahawa sistem ini telah berjaya menyelesaikan masalah menyenaraikan tugasan dan penggunaannya yang mudah untuk mendapatkan semula sejarah atau rekod terdahulu.  Kajiselidik yang lebih mendalam terhadap Producteev telah disuarakan oleh beberapa ahli kumpulan KIK bagi sistem ini diketengahkan untuk dipelajari dan difahami oleh semua staf UPPM serta ahli ahli KIK Kristal Lib.

Dalam peringkat ini, ujicuba terhadap semua tugasan yang ada didalam UPPM seperti, penyelengaraan, pelupusan, pembelian, tempahan perkhidmatan dan lain lain dikawal selia sepenuhnya melalui sistem ini. Sehingga kini, pemantauan masih berlangsung untuk melihat kemampuan sistem mengawal selia proses kerja untuk semua tugasan didalam UPPM.

Pada peringkat seterusnya, sebuah portal dalam talian telah dibangunkan. Portal ini menyokong sistem yang sedia ada dengan menggabung pakai beberapa sub sistem yang lain bagi melicinkan lagi proses kerja setiap tugasan. Ini termasuklah sistem tempahan, pertanyaan dan juga papan maya pergerakan staf UPPM.

Carta pembangunan sistem

 

ONTIME tidak berdiri dengan sendiri. Ianya dilengkapkan dengan kewujudan sub sistem yang menyokong kelancaran setiap tugasan yang dirancang, dijalankan dan direkodkan secara efisyen.

Sistem Permohonan akan membantu pihak UPPM menerima permohonan tugasan dan memaklumkan pihak UPPM berkenaannya.

Sistem Papan Maya pula akan memudahkan pengurusan UPPM untuk memberi tugasan tersebut kepada staf yang bersesuaian mengikut pergerakan staf secara individu.

Sistem Producteev akan seterusnya digunakan untuk mewujudkan tugasan, mengawal dan memantau proses kerja berkenaan tugasan yang dijalankan. Sistem ini merupakan tulang belakang kepada kesemua sub sistem yang lain didalam ONTIME.

Sistem Pelaporan pula merupakan pengkalan data yang akan menyimpan rekod tugasan yang telah disempurnakan didalam UPPM. Rekod ini seterusnya akan digunakan oleh pengurusan UPPM dalam membuat laporan laporan lain yang berkaitan serta menjadi sumber rujukan pada masa akan datang.

carta alir sebelum guna ONTIME - JPEG

Carta alir selepas penggunaan ONTIME - Ringkasan

Ontime Charts