Apa itu Sistem Papan Maya?
Sistem Papan Maya atau Virtual Noticeboard adalah perkhidmatan pemberitahuan berkenaan pergerakan staf UPPM menggunakan platform TEAMUP. Ianya merangkumi pergerakan Cuti, MC, Kursus dan apa juga tugasan rasmi yang berkaitan dengan staf tersebut.
Maklumat ini dapat membantu pihak pengurusan untuk mengetahui pergerakan seseorang staf dan memudahkan pengurusan memberi tugasan jika terdapat permohonan. Staf yang tidak “available” akan seterusnya diganti dengan staf yang “available” pada waktu tersebut.
Papan maya ini digerakkan, dengan pengisiannya dicatatkan oleh staf itu sendiri.
- Klik pada kotak tarikh
- Masukkan maklumat pergerakan pada “Title” (Cuti / MC / Kursus / Night Duty /Outstation)
- Masukkan butiran tarikh pergerakan pada “When”. Untick pada “All Day” jika sekiranya melibatkan jam pergerakan (cth- keluar pejabat 3 jam, 14:00 hingga 17:00)
- Pada “Calender”, pilih nama masing masing yang ditandakan melalui color code. Jika ianya melibatkan semua staf, pilih #All Staf”
- Maklumat tambahan boleh dimasukkan kedalam kekotak “Who” dan “Where” jika ada.
- Lampiran berbentuk salinan surat atau maklumat lain boleh dimasukkan kedalam pergerakan dengan menekan butang “More”
Setelah semua maklumat dimasukkan, klik butang “save” dan paparan akan terus dimasukkan kedalam kalender pergerakan mengikut color code masing masing. Mouse over kepada paparan tersebut untuk mengetahui secara ringkas butiran paparan.
Maklumat pergerakan akan terkunci dalam tempoh 30 minit selepas ianya dimasukkan ke dalam kalender. Maklumat yang telah dikunci hanya boleh dipinda oleh Admin sahaja. Sila berhubung dengan Admin jika sekiranya memerlukan pindaan maklumat yang telah dimasukkan.