Sistem Pelaporan

Sistem Pelaporan

Sistem pelaporan yang digunakan adalah berasaskan paltform Microsoft Excel. Ianya diwujudkan melalui Sistem Producteev yang disediakan secara built-in didalam sistem tersebut. Fail CSV akan di “generate” berdasarkan senarai yang telah dicipta di dalam sistem Producteev dan seterusnya dimuat turun kedalam bentuk spreadsheet Microsoft Excel.

Sistem pelaporan ini akan digunakan pada setiap awal bulan yang melaporkan kegiatan dan aktiviti yang berlaku didalam UPPM pada bulan sebelumnya, berdasarkan maklumat yang dimasukkan kedalam Producteev.

Maklumat ini kemudiannya akan diubahsuai mengikut keperluan, sama ada berdasarkan pemilihan skop kategori tugasan, skop staf, skop tugasan yang sudah selesai atau skop tugasan tugasan yang bermasalah. Ini semua akan diubahsuai melalui teknik filtering yang ada di dalam sistem Microsoft Excel.

Pelaporan ini kemudiannya akan disimpan secara digital ataupun dicetak. Hasil daripada pelaporan ini akan memudahkan pihak pengurusan UPPM bagi merancang atau membuat post-mortem bagi tujuan menambah baik mutu perkhidmatan UPPM dimasa akan datang.

Kandungan Pelaporan

Pelaporan berbentuk CSV File boleh dimuat turun dengan menggunakan butang “EXPORT” pada folder projek yang dipilih. Pilih TAB “ALL” sebelum muat turun kesemua tugasan yang ada. Apabila selesai muat turun CSV files daripada Producteev, fail tersebut perlu di buka dalam perisian Microsoft Excel.

export csv file

 

Daripada senarai tersebut, pilih hanya 5 Title Header, iaitu TITLE, STATUS, LABEL, RESPONSIBLES dan DATELINE. Lain lain title header tidak perlu dimasukkan dan boleh dikeluarkan. Gunakan kaedah “Filter” untuk memudahkan pengubahsuaian pelaporan seterusnya.

contoh excel

carta alir sistem Pelaporan