Sistem permohonan adalah salah satu sub sistem yang berada dibawah kawalan portal ONTIME menggunakan platform FORMIDABLE. Ianya merupakan satu kemudahan yang disediakan untuk pengguna memohon perkhidmatan daripada pihak UPPM (Unit Pembangunan dan Pengurusan Multimedia).
Terdapat ruangan yang perlu diisi oleh pemohon iaitu
- Nama penuh pemohon
- Email pemohon (email rasmi bagi tujuan makluman kepada pemohon daripada pihak UPPM)
- Butiran program (Butiran rasmi, cth – Lawatan Pelajar Sek. Men Mutiara Rini ke PSZ)
- Tarikh program (Tarikh berlangsung acara)
- Masa program (Masa berlangsungnya acara)
- Catatan untuk program ( jika ada keperluan untuk memberitahu maklumat tambahan program yang dipohon, cth – Seramai 20 orang pelajar bersama 2 orang guru)
- Jenis Permohonan (boleh ditandakan jika melebihi keperluan permohonan, cth – Ceramah yang memerlukan perkhidmatan pengambilan gambar serta perkhidmatan pengambilan video)
- Fail (lampiran jika ada, cth – Surat rasmi daripada sekolah yang ingin membuat lawatan)
Setelah semuanya diisikan, tekan butang “submit” dan permohonan akan dihantar terus kepada pihak UPPM. Perlu diingat bahawa, setiap permohonan perlu diisikan selewat lewatnya sehari sebelum berlangsung acara/program, manakala pembatalan perlu dimaklumkan selewat lewat sehari sebelum berlangsungnya program/acara.
