KURSUS KESELAMATAN BANGUNAN PERPUSTAKAAN UTM JPUTM – BANGUNAN PERPUSTAKAAN RAJA ZARITH SOFIAH

Tarikh  : 29 Februari 2024(Khamis)

Masa : 8:00 pagi –  3:30 petang

Tempat  : Bilik Seminar 3,Aras 4,Perpustakaan Sultanah Zanariah & kawasan bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah

Nama Penceramah : Salihuddin Bin Bakhri, Nurhazirah Binti Mustaffa & Abdul Hadi bin Mohamed

Jumlah Staf Terlibat : 25 orang

Pada 29 Februari 2024 bermula dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang, seramai 25 orang yang terdiri daripada staf Jabatan Perpustakaan UTM telah menyertai Kursus Keselamatan Bangunan Perpustakaan UTM anjuran JKKP JPUTM.  Antara objektif utama penganjuran kursus ini adalah bagi Memupuk kesedaran kepada staf tentang kepentingan keselamatan bangunan dan peraturan-peraturan keselamatan bangunan yang telah ditetapkan Para peserta kursus telah dibawa melawat ke dua buah bangunan perpustakaan UTM iaitu bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah. Di sini semua peserta dapat mempelajari tentang kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh pihak penggurusan jabatan dalam mengendali situasi ketika berlakunya kecemasan.

GOVERNMENT

AGENCIES