LAWATAN UNIT OSHE UTM KE BANGUNAN PERPUSTAKAAN RAJA ZARITH SOFIAH
Pada 23 April 2024 pihak Perpustakaan UTM berbesar hati menerima kunjungan lawatan dari unit OSHE UTM Kunjungan ini adalah sebagai tanda usaha pihak UTM untuk melihat sudut keselamatan bangunan bagi setiap jabatan serta mengambil maklumbalas permasalahan dari pihak perpustakaan. Antara isu yang diketengahkan ialah masalah pintu kecemasan yang tidak pratikal dan masalah fibreglass saluran penghawa dingin yang menyebabkan beberapa kemudahan pengguna terpaksa ditutup atas tujuan keselamatan. Kedatangan unit OSHE disambut oleh pengerusi OSHE PUTM Puan Zaleha Atan, dan wakil Unit OSHE UTM ketuai oleh Prof Madya Sr Dr. Mohd. Saidin bin Misnan Timbalan Pengarah Unit OSHE, turut hadir bersama pihak dari Unit Keselamatan UTM dan Seksyen Projek & Penyenggaraan, UTM.