Seharian terperuk di dalam pejabat dan kereta yang mempunyai hawa dingin, sedikit sebanyak ia turut menjejaskan kesihatan dan menjadikan anda seorang yang tidak sihat. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan selain menjaga pemakanan adalah melakukan regangan ringkas atau senaman.
RAMAI dalam kalangan kita yang ‘terperangkap’ di pejabat dan terpaksa duduk di meja untuk bekerja selama hampir lebih enam jam.
Tahukah anda, jika amalan ini berlarutan untuk jangka masa panjang ia boleh mendatangkan mudarat terutamanya kepada bahagian belakang badan.
Seorang mentor kesihatan, Dan Go, menekankan bahaya yang menanti mereka berkerjaya dalam bidang korporat jika langkah pencegahan tidak diambil dengan kadar segera.
Antara risikonya ialah postur badan terjejas dari keadaan asal, penambahan berat badan yang boleh membawa kepada obesiti, sakit di bahagian leher, bahu dan pinggul serta risiko untuk depresi dan anxiety attack.