KURSUS KESELAMATAN BANGUNAN PERPUSTAKAAN UTM JPUTM – BANGUNAN PERPUSTAKAAN RAJA ZARITH SOFIAH
Tarikh : 29 Februari 2024(Khamis)
Masa : 8:00 pagi – 3:30 petang
Tempat : Bilik Seminar 3,Aras 4,Perpustakaan Sultanah Zanariah & kawasan bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah
Nama Penceramah : Salihuddin Bin Bakhri, Nurhazirah Binti Mustaffa & Abdul Hadi bin Mohamed
Jumlah Staf Terlibat : 25 orang
Pada 29 Februari 2024 bermula dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang, seramai 25 orang yang terdiri daripada staf Jabatan Perpustakaan UTM telah menyertai Kursus Keselamatan Bangunan Perpustakaan UTM anjuran JKKP JPUTM. Antara objektif utama penganjuran kursus ini adalah bagi Memupuk kesedaran kepada staf tentang kepentingan keselamatan bangunan dan peraturan-peraturan keselamatan bangunan yang telah ditetapkan Para peserta kursus telah dibawa melawat ke dua buah bangunan perpustakaan UTM iaitu bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah. Di sini semua peserta dapat mempelajari tentang kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh pihak penggurusan jabatan dalam mengendali situasi ketika berlakunya kecemasan.