LAWATAN DARI PIHAK CMU (PUSAT PENGURUSAN BAHAN KIMIA UNIVERSITI)
Tarikh : 18 NOV 2024 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi – 12:00 tengahari
Tempat : Bangunan PSZJB
Hasil daripada lawatan pihak CMU dan OSHE UTM, beberapa info penting dan cadangan penambahbaikan yang perlu dibuat Penganjuran kursus praktikal bersama diantara pihak CMU dan staf perpustakaan yang terlibat secara langsung dengan penggunaan bahan kimia. Tujuan latihan ini adalah memberi pengetahuan kepada staf dengan kaedah terkini dan kemahiran dalam pengurusan bahan kimia dan pelupusan. Pelantikan dua staf perpustakaan sebagai SWC (Safety and Waste Coordinator) bagi mewujudkan sistem pemantauan dan memperkemaskan pengurusan sisa serta bahan kimia. Penyediaan bilik khas untuk bahan kimia perpustakaan. Ruang ini akan diubahsuai untuk menjamin keselamatan, mematuhi keperluan perundangan, dan mengekalkan ketertiban dalam pengurusan bahan berisiko. Ruang ini akan cuba disediakan oleh pihak TKP(PP)