LAWATAN MENGEJUT KE 3 BUAH LOKASI ATAU RUANG KERJA STAF BANGUNAN PERPUSTAKAAN SULTANAH ZANARIAH
Bagi memantapkan persediaan audit, Ahli JKKP JPUTM telah mengadakan lawatan ke 3 lokasi ruang kerja staf di bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah,Johor Bahru pada 24 April 2024. Lokasi tersebut adalah Bilik Jilid, Bilik Penyenggaraan dan Bilik Konservasi. Lawatan mengejut ini diketuai oleh pengerusi JKKP JPUTM Puan Zaleha Atan dan turut disertai bersama 6 orang ahli JKKP yang lain. Pihak JKKP mengambil maklumbalas dari staf-staf yang terlibat disamping melihat beberapa penambaikan yang perlu dilakukan oleh pihak pengurusan bagi mendukung bersama-sama pihak universiti dalam merealisasikan kesejahteraan staf. Satu laporan telah dikeluarkan pada keesokkan harinya untuk diberi perhatian kepada mereka terlibat.