AACR VS RDA
Bagi memenuhi keperluan dan kesesuaian persekitaran dunia digital dan teknologi masa kini, RDA telah digunakan bagi menggantikan AACR untuk tujuan pengkatalogan kerana ia tidak lagi dapat menampung keperluan untuk mengkatalog bahan-bahan digital. RDA mengandungi garis panduan dan arahan yang meliputi penerangan dan akses untuk semua sumber digital dan dalam talian (Internet, OPACs web, dan lain-lain). Selain daripada itu, RDA adalah lebih lengkap dan terperinci berbanding AACR.
Pada tahun 2012, Library of Congress telah mengisytiharkan penggunaan penuh kepada RDA bermula pada hujung Mac, 2013 dan semua perpustakaan seluruh dunia telah mengubah cara pengkatalogan kepada yang baharu iaitu menggunakan RDA.
RDA adalah singkatan kepada Resource Descriptiom and Access manakala AACR adalah singkatan kepada Anglo-American Cataloguing Rules. Di bawah merupakan contoh perbezaaan antara AACR dan RDA:
Perubahan ini adalah sejajar dengan perubahan dunia digital untuk memberikan kemudahan kepada pengguna dalam mengakses pelbagai jenis bahan yang terdapat dalam koleksi sesebuah perpustakaan.
Sumber dariapada:
Wahid, A. A. (2014). Panduan RDA Malaysia (2nd ed.). Perpustakaan Negara Malaysia.