Satu sesi lawatan penanda arasan bagi pelaksanaan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cawangan Johor Bahru, Johor telah diadakan pada 28 September 2020.
Rombongan seramai 19 orang staf Perpustakaan UTM daripada pelbagai Seksyen bertujuan untuk mendapatkan gambaran dan situasi sebenar pelaksanaan EKSA untuk dijadikan panduan di Perpustakaan UTM. Diketuai oleh Ketua Seksyen Pembangunan Sumber & Katalog, selaku Pengerusi EKSA Perpustakaan UTM, lawatan ini juga turut disertai oleh 2 orang wakil daripada SBK, iaitu Pn, Muzaimah Mohd. Yunus dan Pn. Salamiah Hassan.
Perkongsian idea dan pendapat daripada kedua-dua pihak merupakan satu pengalaman terbaik untuk dipraktiskan di Perpustakaan UTM, khususnya di Zon Intelek @ SBK.
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |