PENERIMAAN SUMBANGAN BUKU DAN PENGHARGAAN
Perpustakaan UTM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Dr. Mohd Hasbullah B Hj. Idris, profesor Fakulti Kejuruteraan UTM di atas sumbangan buku yang telah berjaya diterima pada 19 Ogos 2021 (Khamis) yang lalu. Sumbangan ini amat membantu dalam memantapkan lagi koleksi Perpustakaan UTM, untuk dijadikan sebagai sumber rujukan dan penyelidikan kepada pengguna. koleksi Perpustakaan. Semoga usaha murni seperti ini dapat memberi manfaat kepada pengguna Perpustakaan UTM dan didoakan semoga setiap penyumbang diberi ganjaran pahala yang berpanjangan.
Perpustakaan UTM juga sentiasa mengalu-alukan semua individu atau organisasi yang berhasrat untuk menyumbang buku, Kepada individu yang berhasrat untuk membuat sumbangan buku kepada Perpustakaan UTM, boleh juga maklumkan kepada kami melalui pautan seperti berikut: