Seksyen Pembangunan Sumber & Katalog (SBK) berperanan penting di dalam usaha pembangunan koleksi dan pengkatalogan bahan bagi koleksi Perpustakaan UTM (PUTM).
Pembangunan sumber koleksi PUTM adalah melalui aktiviti perolehan bahan, langganan jurnal & media elektronik secara berpusat, memperoleh bahan hadiah, memproses dan mengkatalog bahan yang kesemua aktiviti ini adalah hasil kerjasama dari kesemua unit di Bahagian ini.
Empat (4) unit utama berada di bawah naungan SBK terdiri daripada :
- Unit Perolehan Bahan (UPB)
- Unit Jurnal, Media & Elektronik (UJME)
- Unit Katalog (UKT)
- Unit Hadiah & Pertukaran (UHP)
Penggembelengan antara staf professional dan staf pelaksana di SBK juga telah menghasilkan kelancaran proses kerja yang merangkumi bilangan staf.
Setiap Unit di BPSK diterajui oleh seorang Pustakawan Kanan (S44 & S41/44) dengan sokongan Pembantu Pustakawan Kanan / Pembantu Pustakawan (S22 / S19/22 & S19), Pembantu Tadbir (N22 & N19) dan Pembantu Operasi (N11).
Selain SBK, aktiviti pembangunan sumber dan pengkatalogan bahan turut disumbang oleh Bahagian lain Perpustakaan di UTM Johor Baharu, UTM Kuala Lumpur dan di Hub Pendidikan Tinggi Pagoh di dalam memperkasakan koleksi Perpustakaan untuk rujukan pengguna. Lebih membanggakan lagi, PUTM kini mempunyai pelbagai jenis koleksi bahan yang dibangunkan selaras dengan keperluan dan kepentingan semasa dalam usaha memartabatkan perkembangan intektual warga UTM.
AKTIVITI PEMBANGUNAN SUMBER & KATALOG DI PERPUSTAKAAN CAWANGAN |
||
Bahagian Galerium |
|
Perpustakaan Fakulti UTM Johor Bahru Pengkatalogan Bahan Perolehan Bahan Hadiah Perolehan Bahan Koleksi Khas UTM |
Perpustakaan Raja Zarith Sofiah |
|
Perpustakaan Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) UTM Johor Bahru Pengkatalogan Bahan Perolehan Bahan Hadiah Perolehan Bahan Koleksi Khas UTM |
Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM Kuala Lumpur |
|
Perpustakaan Hub Pendidikan Tinggi Pagoh Pengkatalogan Bahan Perolehan Bahan Hadiah |