– WORK FROM HOME : SAYA MEMBACA

Sesi Pengkayaan Ilmu yang dianjurkan pada tahun 2020 ini merupakan salah satu KAI Individu bagi setiap staf yang terlibat untuk mengulas bahan bacaan yang dibaca sepanjang tempoh PKP dan dikongsikan kepada seluruh warga kerja SBK.

Program ini telah telah berlangsung selama 2 jam 30 minit di mana staf SBK telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan seorang moderator bagi setiap kumpulan. Sejumlah 26 bahan bacaan telah diulas oleh peserta, di mana setiap peserta dikehendaki mengulas 2 judul bahan bacaan yang dibaca sepanjang tempoh PKP. Sebagai satu platfom untuk berkongsi ilmu, sesi ini dilihat dapat memberi satu ruang baharu kepada semua staf untuk berkongsi pandangan dan pendapat mengenai bahan bacaan yang diulas, di samping menambah ilmu daripada pelbagai bidang perkara mengikut minat pembaca.

Berikut merupakan senarai ahli kumpulan dan moderator yang terlibat :

  • Kumpulan 1 – Moderator : En. Salihuddin Bakhri
    • Pn. Haslina Hussin
      Judul 1 : Mecca The Blessed, Medina The Radiant : The Holiest Cities of Islam by Ali Kazuyoshi Nomanchi : Seyyed Hossein Nasr.
      Judul 2 : Kek Mentega : Dulu & Kini oleh Norbaini Rahwi.
    • Pn. Faridah Patoni
      Judul 1 : Petua Kecantikan & Kesihatan – Amina Hj. Noor.
      Judul 2 : Rahsia Sukses Menasihati Anak – Ibnul Jauzi.
    • Pn. Siti Atiqah Norsalim
      Judul 1 : Parents, Welcome To My World. – Adlil Rajiah.
      Judul 2 : Wallet Jutawan – Hasanah.
  • Kumpulan 2 – Moderator : Pn. Haslina Nasir
    • En. Saiful Bahri Abd. Rahman
      Judul 1 : Seorang Tua di Kaki Gunung – Penulis : Azizi Hj Abdullah.
      Judul 2 : Dari Ulu Yam ke Liverpool – Penulis : Nazali Noor.
    • Pn. Nurfarahin Jasmine See Abdullah
      Judul 1 : Acceptance of Koha Open Source System among Librarians in the Malaysian Academic Libraries: An Exploratory Qualitative Study, Authors : Zainab Ajab Mohideen, Arslan Sheikh, Kiran Kaur & Muzammil Tahira, 2019.
      Judul 2 : Using Koha for cataloging and classification: a case study ii. Using Koha for cataloging and classification: a case study, Authors : Aminat Titilola Bayero Abdussalam Usman Ajisafe Saliu, 2014.
    • Pn. Salamiah Hassan
      Judul 1 : 40 Kesilapan Mendidik Anak – Dr. Hassan Hj.Mohd Ali.
      Judul 2 : Mentaliti Jamban – Khairul Abdullah.
  • Kumpulan 3 – Moderator : Pn. Zurina Rosmani
    • En. Salihuddin Bakhri
      Judul 1 : 202 Teknik Profesional Excel – Penulis Christopher Lee.
      Judul 2 : Penyiasatan Conan – Penulis Gosho Aoyama.
    • Pn. Nordiana Mohsin
      Judul 1 : Desaturasi Merah Jambu – Penulis Ladynoe Mohamed.
      Judul 2 : Islam Sehari-hari : Panduan Akhlak Islam Seharian – Penulis Vbi_Djenggotten.
    • Pn. Izatul Asma Abd. Rahman
      Judul 1 : Korban Kasih – Fatimah Saidin.
      Judul 2 : Sold – Zana Muhsen with Andrew Croft.
  • Kumpulan 4 – Moderator : Pn. Muzaimah Mohd. Yunus
    • Pn. Muzanni Subakhir
      Judul 1 : Ubat dari Dapur ; Sihat Secara Alami – Penulis Dr. Suri Roowi.
      Judul 2 : Menghidu : Tentukan Hidup dan Mati – Al-Islam, Okt. 2018.
    • Pn. Hamsapinah Hamdan
      Judul 1 : Hijrah : Permulaan Sebuah Kegemilangan oleh Abdul Latip Talib.
      Judul 2 : Penceritaan Pengalaman Backpackers – Youtuber Khairul Jamaain.
    • En. Mohd. Asyik Sanusi
      Judul 1 : A Handbook of Martial Arts – Fay Goodman.
      Judul 2 : The Ultimate Spy Book – H. Keith Melton.

Amalan membaca, ilmu ditimba, hidup berbudaya, amalkan sentiasa …

– LAWATAN PENANDA ARASAN PELAKSANAAN AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) – JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA, JOHOR BAHRU

Satu sesi lawatan penanda arasan bagi pelaksanaan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cawangan Johor Bahru, Johor telah diadakan pada 28 September 2020.

Rombongan seramai 19 orang staf Perpustakaan UTM daripada pelbagai Seksyen bertujuan untuk mendapatkan gambaran dan situasi sebenar pelaksanaan EKSA untuk dijadikan panduan di Perpustakaan UTM. Diketuai oleh Ketua Seksyen Pembangunan Sumber & Katalog, selaku Pengerusi EKSA Perpustakaan UTM, lawatan ini juga turut disertai oleh 2 orang wakil daripada SBK, iaitu Pn, Muzaimah Mohd. Yunus dan Pn. Salamiah Hassan.

Perkongsian idea dan pendapat daripada kedua-dua pihak merupakan satu pengalaman terbaik untuk dipraktiskan di Perpustakaan UTM, khususnya di Zon Intelek @ SBK.

 

 

– MERDEKA CHALLENGE 2020 : COLOR MY DAY

Sempena sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 16 September 2020, SBK telah menganjurkan pertandingan mewarna kepada staf seksyen ini.

Penganjuran tahun ke-2 ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari kalangan staf sebagai salah satu aktiviti keceriaan serta terapi merehatkan minda dari aktiviti rutin bekerja disini.

Dengan tema Color My Day, cabaran mewarna pada kali ini menguji kreatviti peserta mewarna lakaran bulan kelahiran masing-masing.

3 penyertaan terbaik telah diraih oleh :

  1. Pn. Muzaimah Mohd. Yunus
  2. En. Salihuddin Bakhri
  3. Pn. Haslina Nasir