Sesi Read and Relax Siri 4/2019 peringkat PRZS telah dilaksanakan pada 28 Februari 2019, Khamis di Ruang Foyer pada jam 2.30 petang. Sesi ini telah disertai oleh tiga orang pengulas yang terdiri dalam kalangan staf PRZS. Pengulas tersebut adalah Encik Md. Razib Karno, Encik Hasanul Manzar Ismail dan Puan Yanti Mohd Shah

Pengulas: Encik Md.Razib Karno
Judul Buku: Mind Maps For Business
Buku ini berkisarkan tentang prinsip matlamat dan cara untuk mengurus fikiran. Teknik yang digunakan ialah MIND MAPS: ada Main topic, Huraian kreatif dan linear. Lebih 2 juta orang menggunakan teknik peta minda. Peta minda digunakan dalam perniagaan, pendidikan dengan menulis kata kunci Ini merupakan cara untuk membuat keputusan yang berkait dengan hal lain untuk mencapai matlamat. Kaedah ini diaplikasikan oleh pengulas semasa meguruskan projek KOHA. Teknik ini juga dapat membuka minda berfikir seseorang.

Pengulas: Encik Hasanul Manzar Ismail
Judul Buku: My Autobiography
Buku ini mengenai Bibliografi Gerrald, seorang kapten bola Liverpool FC yang menjadi inspirasi kepada ramai pemain bola dan menjadi tunggak pemain kepada kelab England. Beliau seorang yang berdedikasi dan obsesi kepada bola. Beliau merupakan anak jati Liverpool. Mendapat pendedahan awal dari bapanya sendiri. Beliau juga merupakan kawan rapat kepada Michael Owen. Pengurusnya yang menampakkan bakatnya dan mula menonjolkan diri. Pada awal kemunculan, beliau menerima semua posisi pemain walaupun lebih menonjol kepada posisi midfield. Terpilih ke skuad kebangsaan England bersama Owen. Buku ini menjadi ‘Football book of the year‘.

Pengulas: Puan Yanti Mohd Shah
Judul Buku: Stop Stress! Brain Detox
Buku ini berkisarkan tentang cara untuk “membersihkan otak” atau “BRAIN DETOX” yang dapat menjernihkan kembali fikiran dan hati. Apabila fikiran dan hati bersih, semua masalah kehidupan dan penyakit yang mengintai dapat dihilangkan seterusnya dapat membuang fikiran negatif yang boleh mendatangkan stress, lebih positif, kreatif dan bahagia. Antara latihan yang boleh dilakukan ialah dengan melakukan latihan pernafasan, senamn otak, yoga, menulis dan mendengar muzik. Memandangkan cabaran sekarang terdedah kepada tehno stress seperti gajet dan telifon, maka kadar pengidap stress cepat meningkat. Antara simptom seseorang sedang mengalami stress ialah masih melihat telifon bimbit semasa hendak tidur. Kesan yang dialami ialah minor stress atau tidak cukup rehat. Dalam buku ini menyenaraikan cara untuk mengatasi stress antaranya dengan menghirup oksigen dengan banyak (deep breath) selama 15 minit, melakukan senaman yoga untuk menenangkan otak dan memainkan peranan diri dengan berfikir positif.