Persediaan menghias ruang pejabat Unit Repositori & Dokumen Digital (URD) telah diadakan pada April 2023, iaitu dua (2) minggu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Kerjasama daripada seluruh warga kerja unit ini merupakan sebahagian daripda aktiviti keceriaan bagi mengimbangi aktiviti rutin dan santai agar staf lebih selesa dengan suasana bekerja tanpa tekanan.
Semoga semangat dan kerjasama ini dapat terus dikekalkan untuk membina ukhwah yang baik dalam bekerja di kalangan seluruh staf di URD khususnya. Tahniah semua!