Pihak pengurusan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM Johor Bahru telah menganjurkan Majlis Penghargaan Staf & Pelajar Latihan Industri pada 18.01.2023, Rabu jam 11.00 pagi bagi menghargai staf yang bersara, berpindah ke Unit/Seksyen baharu serta pelajar latihan industri yang bakal mengakhiri latihan di PUTM pada 31.01.2023.
Unit Repositori & Dokumen Digital ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Cik Nurul Nabila Sam Dani yang telah bersama-sama mengikuti latihan intensif mulai September 2022.
Kami mengucapkan Terima Kasih & Selamat Maju Jaya kepada beliau.