Majlis Penghargaan kepada pelajar latihan industri di Unit Repositori & Dokumen Digital (URD) telah diadakan pada 31 Januari 2023, iaitu hari terakhir Cik Nurul Nabila Sam Dani menjalani latihan di Perpustakaan UTM, Johor Bahru, Johor.
Seluruh warga kerja URD merakamkan ucapan terima kasih dan Selamat Maju Jaya kepada beliau di atas sumbang bakti kepada proses kerja sedia ada serta peluang mengikuti latihan sebagai persediaan memulakan karier sebagai Pustakawan.