OBJEKTIF
- Membangun bahan koleksi khas UTM seperti hasil karya, penerbitan oleh warga UTM atau mengenai UTM bagi tujuan pemeliharaan khazanah UTM untuk kajian dan rujukan.
- Menyedia akses kepada Koleksi Khas UTM di dalam bentuk digital.
- Membangun dan memantapkan koleksi digital perpustakaan.
- Mengurus pembangunan UTM-IR dan aktiviti berkaitan dengannya.
- Membantu mengurus pembangunan dan bengkel metadata Research Data Management (RDM) universiti.
FUNGSI
- Membangun serta mengurus bahan Koleksi Khas UTM.
- Memproses, mengkatalog, mengkelas dan menyelenggara rekod bibliografik bahan Koleksi Khas UTM.
- Pemprosesan bahan Koleksi Khas UTM dalam bentuk digital bagi menyokong tujuan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan perundingan di dalam perkhidmatan perpustakaan.
- Pendepositan bahan digital UTM ke Sistem Pengurusan Dokumen (DMS) serta penyelenggaraan rekod berkaitan.
- Pemprosesan, pendepositan dan pengkelasan bahan UTM-IR untuk akses terbuka serta penyelenggaraan rekod UTM-IR.
- Membantu dalam pengurusan pendepositan bahan dan metadata Research Data Management (RDM) universiti.