Sesi penjurian Pertandingan Deko Raya Antara Seksyen, Jabatan Perpustakaan UTM, anjuran Kelab Keluarga Staf PUTM telah diadakan pada 9 Mei 2023.
Panel Juri telah diketuai oleh Ketua Pustakawan dan dua (2) Timbalan Ketua Pustakawan Bahagian Perkhidmatan serta Bahagian Automasi & Multimedia.
Untuk tahun kedua berturut-turut, Unit Repositori & Dokumen Digital telah berjaya menjadi Juara di dalam pertandingan ini. Namun kemenangan pada tahun 2023 ini adalah lebih bermakna kerana URD menjadi Juara di peringkat PUTM.
Tahniah warga kerja URD di atas semangat kerjasama dan sokongan dari semua staf untuk menjaya dan memeriahkan suasana ceria di URD.