UTM-IR

UTM INSTITUTIONAL REPOSITORY (UTM-IR)


  • UTM-IR menempatkan lebih daripada  50,000 koleksi intelektual dan hasil kajian warga UTM. Ianya berfungsi sebagai pusat sehenti dalam mengumpul, memelihara dan mematuhi konsep akses untuk koleksi bahan-bahan ilmiah hasil penyelidikan ilmuan UTM.
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan universiti pertama di Malaysia yang mempelopori inisiatif akses terbuka (Open Access Initiative – OAI). Transparent ranking yang diperoleh dari https://repositories.webometrics.info/ menunjukkan jumlah rekod UTM-IR yang diindeks sehingga Disember 2019 adalah sebanyak 9,600 rekod.
  • Laman sesawang http://eprints.utm.my dipersetujui oleh Jawatankuasa Pemandu Dasar Akses Terbuka UTM sebagai URL manakala perisian Open Access EPrints sebagai platform dalam pelaksanaan sistem ini.
  • Koleksi bahan digital yang boleh diakses melalui sistem UTM-IR adalah seperti berikut :
    1. Tesis UTM (Master & PhD) – kandungan sehingga bab 1 : pengenalan & rujukan
    2. Artikel jurnal
    3. Kertas seminar / prosiding
    4. Bab dalam buku
    5. Buku
    6. Laporan penyelidikan
    7. Monograf

Perkembangan UTM-IR