Special Learning Tool Kit

 

Pengenalan

Special Learning Tool Kit (SLTK) mengandungi bahan bacaan dalam bentuk pengetahuan am yang merujuk kepada poster, risalah serta bahan bacaan umum yang lain. Kejayaan menghasilkan SLTK adalah merupakan  sebahagian daripada progam khidmat masyarakat yang diadakan secara sinergi dengan Sekolah Kebangsaan Pendidikan  Khas Princess Elizabeth, Johor Bahru.Tujuan utama ialah untuk mewujudkan ekosistem membaca yang produktif serta  menyuburkan minat membaca di kalangan murid berkeperluan khas khususnya dalam kategori kurang upaya penglihatan dan sebagai landasan untuk melahirkan murid-murid berkeperluan khas yang berpotensi dan mampu bersaing dalam arus globalisasi seiring dengan murid-murid lain.

2019

Pembangunan sebanyak 15 kit bagi tajuk berikut:

  1. Bendera Malaysia
  2. Pencipta Jalur Gemilang
  3. Rumah Tradisional Malaysia
  4. Tempat Bersejarah di Negeri Johor
  5. Tokoh Tempatan yang Menentang British
  6. Istana Lama Raja-raja Melayu
  7. Busana Tradisional
  8. Muzik Tradisional Melayu
  9. Alat Muzik Tradisional Melayu
  10. Warisan Tradisional Seni Halus
  11. Teater Tradisional Melayu
  12. Tokoh Nasionalis Tanah Melayu
  13. Perdana Menteri Malaysia
  14. Seni Bina Bangunan Bersejarah Johor
  15. Tokoh Kemerdekaan & Penubuhan Malaysia

2019 – 2022

Pembangunan kod QR fasa I melibatkan 5 kit yang merangkumi proses rakaman suara bahasa melayu dan bahasa inggeris, suntingan rakaman dan penghasilan kod QR. Pembangunan laman web kod QR bagi sebaran maklumat bahan SLTK yang lebih meluas dan dapat dimanfaatkan secara optimum bukan sahaja di peringkat sekolah malahan kepada semua pelajar berkeperluan khas di seluruh Malaysia.

2019 – 2022

Pembangunan kod QR fasa II melibatkan 5 kit yang merangkumi proses rakaman suara suara bahasa melayu dan bahasa inggeris, suntingan rakaman dan penghasilan kod QR.  Pembangunan laman web CSR di Portal Perpustakaan UTM bagi projek “Our Special Project : A Little Knowledge, A Million Hopes”