ISTANA LAMA    RAJA-RAJA MELAYU

Singgahsana di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan.

Ruang tamu Istana Baitul Rahmah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Runtuhan Istana Seri Akar, tempat bersemayam Sultan Abdul Kadir (Raja Melayu Patani terakhir) terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan.

Singgahsana di Istana Tele atau Istana Tengku Nik Di Kompleks Muzium Terengganu.

Ruang yang dihias indah di dalam Istana Lama, Seri Menanti, kini telah dijadikan Muzium Diraja.

Balai Nobat, terletak berhampiran Istana Pelamin di Alor Setar, Kedah.

Keseluruhan dinding tingkap dibuat daripada anyaman tepas (bertam) dengan corak kelerai berbagai-bagai motif.

Tapak Bekas sebuah istana abad ke-18, terletak di Jalan Kota Kuala Kedah.

Balai Besar Kedah di Alor Setar.

Dinding berkelerai pada Istana Tepas (Muzium Diraja Perak).

Runtuhan Istana Bukit Jugra di Jugra, Kuala Langat, Selangor.

Tingkat gunjung pada Istana Lama Seri Menanti, pada zaman dahulu berfungsi sebagai tempat simpanan khazanah Diraja.

Istana Tengku Long – istana berasal dari Kampung Raja Besut ini telah dipindahkan ke Kompleks Muzium Terengganu.

Istana Pelamin, terletak di bahagian belakang balai Besar Kedah di Alor Setar, Kedah.

Istana lama Seri Menanti, Negeri Sembilan, sebuah istana kayu terbesar di dunia. Istana ini kini dijadikan Muzium Diraja Negeri Sembilan.

Istana Baitul Rahmah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Istana Jahar di Kota Bharu, Kelantan, kini dijadikan muzium.

Replika Istana Kesultanan Melaka yang dijadikan sebagai sebuah muzium, terletak di pinggir Bandar Melaka.

Istana Bandar, Kampung Bandar, Kuala Langat, tempat bersemayam Sultan Sulaiman, Selangor.

Istana Tepas atau dikenal juga sebagai Istana Kenangan, terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Sekarang istana ini dijadikan Muzium Diraja Perak.

Ukiran yang terdapat pada Istana Tepas.

Istana Kolam di Kampung Kolam, Kuala Terengganu. Istana dirobohkan pada tahun 1980-an.

Istana Besar di Johor Bahru, Istana Pertama Raja – raja Melayu yang diperbuat daripada bangunan konkrit. Istana ini dibina pada abad ke-19.

Ukiran di tiang utama istana lama Seri Menanti, Negeri Sembilan.

<audio controls autoplay src="https://library.utm.my/csr/wp-content/uploads/sites/54/2021/05/Istana-Lama-Raja-Raja-Melayu.mp3">