JALUR GEMILANG

Jalur Gemilang

Bendera Malaysia yang juga dikenali sebagai Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan wilayah persekutuan.

 

Fakta Jalur Gemilang

Biru tua membawa maksud perpaduan rakyat Malaysia.

Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan.

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Merah melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran..

Anak bulan sebagai tanda Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.