SARAWAK

BUMI KENYALANG

Negeri Sarawak

Kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan, perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya

Merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh

Bintang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.