TOKOH NASIONALIS TANAH MELAYU

TUN ABDUL GHAFAR BABA

  • Dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Kuala Pilah.
  • Melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Tanjung Malim (MPSI) pada tahun 1946.
  • Dilantik sebagai Setiausaha UMNO Melaka, Ketua Menteri Melaka (1959), Pengerusi MARA, serta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
  • Menjadi Timbalan Perdana Menteri pada bulan Mei 1986.
  • Meninggal dunia pada 23 April 2006.

DATO’ HAJI AHMAD BADAWI

  • Dilahirkan di Mekah.
  • Merupakan tokoh ulama awal yang menyertai perjuangan UMNO sejak Tanah Melayu belum merdeka.
  • Menjadikan agama Islam sebagai tunjang perjuangannnya.
  • Pernah dilantik menjadi Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.
  • Meninggal dunia pada 7 Mei 1977.

TUN HUSSEIN ONN

  • Dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru.
  • Dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO yang pertama pada September 1949.
  • Menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada 1976 hingga 1981.
  • Diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’.
  • Meninggal dunia pada 19 Mei 1990.

TUN DR. ISMAIL ABDUL RAHMAN

  • Dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 4 November 1915.
  • Merupakan salah seorang daripada anggota rombongan yang menuntut kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO serta Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1970.
  • Meninggal dunia pada 2 Ogos 1973.

TAN SRI AISHAH GHANI

  • Dilahirkan pada 5 Jun 1924 di Selangor.
  • Pada 1960, wanita pertama dipilih menganggotai Majlis Tertinggi UMNO dan Naib Ketua Pergerakan Kaum Ibu Parti UMNO.
  • Pada 23 Jun 1972, dipilih sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO.
  • Pada 1 Mac 1973, dilantik menjadi Menteri Kebajikan Am.
  • Mengundurkan diri daripada kabinet pada Julai 1984.

TAN SRI FATIMAH HASHIM

  • Dilahirkan di Parit Kurma, Muar.
  • Mula aktif dalam UMNO pada 1946. Dilantik menganggotai Majlis Tertinggi UMNO pada November 1956.
  • Wanita pertama yang dilantik sebagai menteri kabinet dengan portfolio Menteri Kebajikan Am pada 29 Mei 1969.
  • Wanita pertama di negara ini yang menerima anugerah Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

IBU AZIZAH JAAFAR

  • Dilahirkan di Johor Bahru pada 17 Jun 1898.
  • Merupakan wanita Johor pertama menyandang jawatan Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO.
  • Pengasas Sekolah Tadbir Rumah Tangga yang kini diberi nama Sekolah Menengah Vokasional (ERT) Azizah.
  • Meninggal dunia pada 19 Januari 1974 pada usia 74 tahun.

DATO’ ABD. RAHMAN MOHD YASSIN

  • Dilahirkan pada tahun 1870-an.
  • Menubuhkan Persatuan Melayu Johor (PMJ) pada 1945 bagi menentang Malayan Union.
  • Dilantik sebagai Yang DiPertuan pertama Dewan Negara apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957.
  • Meninggal dunia pada 24 Mei 1970.

DATO’ ABDULLAH SULAIMAN

  • Dilahirkan di Johor Bahru pada 27 Februari 1912.
  • Beliau telah bertanding mewakili UMNO dan mengalahkan Dato’ Onn Jaafar (calon Parti Negara ketika Pilihan Raya 1955).
  • Merupakan salah seorang yang menganggotai Kabinet pertama sebelum merdeka.
  • Dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancang Bandar oleh Tunku Abdul Rahman.
  • Meninggal dunia pada tahun 1963.

TAN SRI DATO’ MELAN ABDULLAN

  • Dilahirkan di Batu Pahat pada 24 April 1919.
  • Seorang patriotik dan pejuang terbilang yang mengabdikan diri dalam bidang kewartawanan untuk kepentingan negara, bangsa dan agama.
  • Penerima Anugerah Wartawan Cemerlang 1996 dan Anugerah Tokoh Wartawan Negara pada 2000.
  • Meninggal dunia pada 22 Februari 2002.

FATIMAH YAAKUB

  • Dilahirkan di Jalan Sulaiman, Muar pada tahun 1912.
  • Perintis dalam sejarah pendidikan wanita negeri Johor.
  • Salah seorang pengasas penubuhan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor Cawangan Batu Pahat.
  • Memberi sokongan padu penentangan terhadap Malayan Union.
  • Meninggal dunia pada 16 Februari 1999 ketika berusia 86 tahun.

TUN SULAIMAN NINAM SHAH

  • Dilahirkan pada 2 Januari 1920 di Kampung Sarang Buaya, sempadan daerah Muar dan Batu Pahat di Johor.
  • Sinonim dengan jawatan Pengerusi Tetap UMNO.
  • Merupakan antara pengasas UMNO yang terus memegang jawatan dalam organisasi ini sejak UMNO ditubuhkan pada tahun 1946.
  • Meninggal dunia pada 5 Julai 2003 ketika berusia 83 tahun.

AHMAD TALU

  • Nama sebenarnya ialah Ahmad Bin Haji Muhammad Rasyid Talu.
  • Dilahirkan pada 1889 di Pulau Pinang.
  • Tokoh sasterawan terkenal pada era sebelum kemerdekaan.
  • Perintis kepada penulisan novel yang berlatar belakangkan Tanah Melayu.
  • Tulisannya banyak membawa perubahan kepada pemikiran masyarakat Melayu ketika itu.
  • Meninggal dunia pada 12 Julai 1939 ketika berusia 50 tahun.

RAHIM KAJAI

  • Dilahirkan pada 1894 di Kuala Lumpur.
  • Bekerja sebagai wartawan.
  • Banyak mengkritik dasar pemerintahan Inggeris yang kurang melaksanakan dasarnya terhadap kepentingan orang Melayu dan dasar pentadbiran Inggeris yang membawa masuk orang asing melalui tulisannya.
  • Pemikiran beliau telah banyak membantu membuka minda dan pemikiran orang Melayu.

KERIS MAS

  • Nama sebenarnya ialah Kamaludin Bin Muhammad.
  • Dilahirkan pada 10 Jun 1922 di Pahang.
  • Merupakan tokoh terpenting dalam perkembangan cerpen Melayu.
  • Penulis yang terkemuka, berfikiran kritis, menguasai bahasa dengan baik serta berpengalaman matang.
  • Berminat dalam bidang politik.
  • Kerap menggunakan penulisan sebagai saluran untuk membangkitkan sentimen anti penjajahan.

A. SAMAD ISMAIL

  • Dilahirkan pada 18 April 1924 di Singapura.
  • Antara tokoh penulis yang terkenal pada 1950-an.
  • Kerjayanya sebagai seorang wartawan digunakan sepenuhnya untuk membangkitkan semangat anti penjajahan dikalangan rakyat.
  • Merupakan seorang nasionalis dan pejuang kemerdekaan.

HARUN AMINURRASHID

  • Merupakan seorang tokoh pejuang kebangsaan lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris.
  • Merupakan seorang guru yang bersemangat.
  • Seorang penulis yang aktif mempelopori puisi bertemakan semangat kebangsaan.

ABDUL HADI HASSAN

  • Seorang tokoh pejuang kebangsaan
  • Merupakan seorang pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris yang sentiasa menanamkan semangat cinta akan bangsa dan negara kepada pelajar-pelajarnya

RAJA SIR CHULAN

  • Mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar.
  • Dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1924.
  • Menggesa British meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan menambah peluang untuk mereka menceburkan diri dalam perkhidmatan kerajaan.

MOHAMMAD EUNOS ABDULLAH

  • Dilahirkan pada tahun 1876 di Teluk Belanga, Singapura.
  • Mendapat pendidikan Inggeris di Raffles Institution, Singapura.
  • Bertugas sebagai Ketua Pengarang akhbar Utusan Melayu dan juga akhbar Lembaga Melayu dan digelar “Bapa Kewartawanan Melayu”.
  • Menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) pada bulan Mei 1926.

PAK SAKO

  • Nama sebenarnya ialah Ishak Bin Haji Muhammad.
  • Dilahirkan pada 19 September 1909 di Temerloh, Pahang.
  • Merupakan satu nama besar dalam seni penulisan di negara kita.
  • Karyanya sentiasa menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap penjajah serta membakar semangat nasionalisme rakyat.
  • Seorang tokoh nasionalis golongan radikal.
  • Pengasas akhbar Utusan Melayu.
  • Pak Sako meninggal dunia pada tahun 1989.

AHMAD BOESTAMAM

  • Dilahirkan pada 30 November 1920 di Tanjung Malim, Perak.
  • Merupakan seorang wartawan akhbar yang sangat prolifik dan terlibat dalam arus nasionalisme Melayu pada tahun 1930-an.
  • Seorang tokoh nasionalis golongan radikal yang terlibat dengan perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan Parti Rakyat Malaya.
  • Beliau meninggal dunia pada tahun 1983.

IBRAHIM HAJI YAACOB

  • Dilahirkan pada 27 November 1911, di Temerloh, Pahang.
  • Seorang tokoh nasionalis golongan radikal Melayu.
  • Bekas penuntut Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).
  • Merupakan Presiden Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang berjuang untuk menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia.
  • Meninggal dunia di Indonesia pada 8 Mac 1979.

DR. BURHANUDDIN HELMY

  • Dilahirkan pada 26 November 1911 di Taiping, Perak.
  • Merupakan pejuang bangsa Melayu yang ingin menubuhkan Melayu Raya iaitu penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia.
  • Seorang tokoh nasionalis golongan radikal.
  • Meninggal dunia pada 1969.

KHADIJAH SIDEK

  • Dilahirkan pada 15 Disember 1918 di Sumatera Barat.
  • Memasuki UMNO kerana mahu menjadikan UMNO wadah terbaik bagi memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.
  • Disingkir daripada UMNO dan telah menyertai Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS).
  • Berjaya menjadi ahli parlimen Persekutuan Tanah Melayu dari 1959 hingga 1964.
  • Meninggal dunia setelah menderita akibat penyakit lumpuh.

ZA’BA

  • Dilahirkan pada 16 September 1895 di Negeri Sembilan.
  • Seorang nasionalis dan terkenal sebagai Pendeta Bahasa Melayu.
  • Tokoh bahasa, pemikir dan cendekiawan Melayu.
  • Salah seorang individu yang terlibat secara langsung dalam penubuhan UMNO.
  • Individu yang mencadangkan nama UMNO.
  • Meninggal dunia pada 23 Oktober 1973.

TUN SARDON JUBIR

  • Dilahirkan pada 17 Mei 1917 di Johor.
  • Dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO dan anggota Jawatankuasa Tertinggi.
  • Dilantik sebagai wakil tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1974-1975).
  • Dilantik sebagai Yang Dipertua Pulau Pinang dari tahun 1975 sehingga tahun 1981.
  • Meninggal dunia pada 14 Disember 1985.

TAN SRI SYED JAAFAR ALBAR

  • Dilahirkan di Indonesia.
  • Melibatkan diri dalam bidang politik melalui UMNO pada tahun 1949.
  • Dilantik menjadi Pegawai Penerbitan UMNO.
  • Dilantik sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 1976.
  • Bergerak cergas dalam bidang kebajikan dan kesukarelaan.
  • Meninggal dunia pada 14 Januari 1977.

ZAHARAH ABDULLAH

  • Dilahirkan pada 15 Mei 1920 di Muar.
  • Merupakan tokoh wanita yang turut berjuang untuk kemerdekaan tanah air.
  • Menubuhkan Kumpulan Kaum Ibu.
  • Dilantik menjadi Pengerusi Persidangan Pertama Kaum Ibu UMNO SeMalaya yang diadakan di Dewan Istana Besar Johor Bahru pada tahun 1947.
  • Meninggal dunia pada 3 Disember 1977 pada usia 57 tahun.

IBU ZAIN SULAIMAN

  • Dilahirkan di Melaka pada 22 Januari 1903.
  • Dianggap sebagai seorang pakar pendidikan.
  • Penglibatan politik bermula pada 1946 ketika orang Melayu bangkit menentang Malayan Union.
  • Dilantik menjadi Ketua Wanita UMNO Kebangsaan pada 1950.
  • Ibu Zain meninggal dunia pada awal Jun 1989.

TUN SYED NASIR ISMAIL

  • Dilahirkan di Johor pada 7 Mac 1921.
  • Bergiat cergas dalam arena politik semenjak tahun 1946.
  • Turut memainkan peranan dalam penubuhan parti UMNO.
  • Merupakan ahli paling lama yang dipilih menduduki tempat di Majlis Tertinggi UMNO.
  • Patriot negara yang banyak menyumbang khidmat untuk kestabilan politik, kemuliaan agama Islam, ketenteraman sosial dan kedaulatan bahasa Melayu.
  • Tun Syed Nasir meninggal dunia pada 16 Mac 1982.

DATIN HALIMAH HUSSEIN

  • Isteri dan rakan seperjuangan Dato’ Onn.
  • Wanita yang sentiasa berada di belakang Dato’ Onn sewaktu mendirikan parti UMNO.
  • Menyertai gerak langkah Dato’ Onn menentang Malayan Union bersama-sama Kaum Ibu.
  • Wanita yang mula-mula sekali menjadi ahli Pergerakan Melayu Semenanjung.
  • Menubuhkan bahagian Wanita dalam Pergerakan tersebut.