
Mengambil inisiatif bagi meningkatkan kadar peminjaman bahan pameran dan memupuk semangat membaca di kalangan warga Perpustakaan UTM, Unit Sirkulasi telah mengadakan kempen “Check Out Books and redeem your voucher” di Aras 1, Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah.
Buku yang dipamerkan di rak pameran meliputi bahan baharu, fakulti dan novel bertema. Kempen ini terbuka kepada staf dan pelajar UTM ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila kesemua 40 Voucher telah berjaya ditebus oleh pengguna Perpustakaan UTM.
SYARAT PROGRAM
- Pengunjung Perpustakaan yang meminjam 3 bahan
- iatu mempunyai pelekat hijau boleh menebus voucher He & She di kaunter unit sirkulasi.
Sepanjang kempen ini berlangsung, ia telah memfokuskan kepada pinjaman bagi kategori bahan baru perpustakaan. Justeru, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh para pengguna yang ingin mendapatkan baucar He & She Coffee yang terhad ini. Syaratnya adalah pengguna perlu meminjam bahan-bahan bacaan yang hanya terdapat di pameran Bahan Baru. Buku-buku ini telah ditanda dengan pelekat berwarna biru. Seterusnya, para pengguna perlu meminjam sekurang-kurangnya 3 bahan bacaan sebelum boleh menuntut voucher He & She Coffee.
Kempen ini telah berjaya meningkatkan kadar pinjaman bahan di perpustakaan iaitu sebanyak 120 naskhah pinjaman dalam masa hanya seminggu. Rata-rata peminjam adalah dari kalangan pelajar dan staf UTM.
Recent Comments