Pada 20 hingga 24 Oktober 2024, telah berlangsung sebuah program iaitu Weeks of Welcome yang diadakan di kedua-dua bangunan Jabatan Perpustakaan UTM (JPUTM) iaitu Perpustakaan Sultanah Zanariah, Johor Bahru dan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah. Program yang amat menyeronokkan ini bermatlamat untuk mengalu-alukan kehadiran mahasiswa baru bagi sesi 2024/2025. Selain meraikan kedatangan mereka, JPUTM juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan informatif untuk meningkatkan pengetahuan dan keterlibatan mahasiswa baru.
Mahasiswa dihendaki mengaktifkan akaun perpustakaan mereka terlebih dahulu sebelum menyertai aktiviti yang dianjurkan. Hal ini dapat memudahkan sebarang urusan perkhidmatan yang diperlukan oleh mahasiswa di perpustakaan kelak. Setelah itu, mereka boleh menyertai program ini dengan bermain beberapa aktiviti seperti How to Find Me, Memorize Me, Challenge Me, Guess Me, Shelve It dan Do’s & Don’ts. Kesemua aktiviti ini adalah berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan.
Di Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah aktiviti permainan seperti kuiz atas talian (Kahoot), pertanyaan betul atau salah, susun buku di rak, teka gambar fasiliti perpustakaan dan kuiz teka silang kata. Melalui aktiviti yang dilaksanakan, pelajar diberi pendedahan kepada pelbagai aspek berkenaan perpustakaan seperti pengenalan kepada perkhidmatan dan fasiliti, peraturan asas menggunakan perpustakaan, teknik pencarian maklumat berkesan dan bimbingan kaedah mengakses pelbagai koleksi Perpustakaan secara tepat.
Pelbagai maklum balas telah diambil dari peserta dan majoriti pelajar memberikan respon yang positif daripada aktiviti yang dijalankan. Pelajar juga berpeluang mengemukakan cadangan penambahbaikan malah ini juga adalah salah satu medium dimana sebarang persoalan dan kemusykilan berkaitan perkhidmatan perpustakaan boleh diutarakan dengan pendekatan yang lebih mesra.
Program yang berlangsung selama tiga (3) hari ini, mendapat penyertaan yang menggalakkan dari warga UTM dan maklum balas yang sangat baik dari pengguna sama ada pengguna baru atau sedia ada. Sebagai token penghargaan, JPUTM menyediakan pelbagai cenderahati kepada pengunjung yang menyertai program ini. Semoga usaha ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang.
Recent Comments