Projek Inovasi 2024

Pengantian Kad Penyimpanan Kunci Bilik Karel dan Bilik Perbincangan

Projek ini merupakan projek mengantikan kad penyimpanan (Card Keep) yang telah rosak dan hilang di dalam slot kad. Fungsi kad penyimpanan yang berwarna oren ini dapat menukarkan kad ini dengan kunci bilik karel dan kunci bilik perbincangan untuk mengelakkan kehilangan kunci bilik. 

Pelaksanaan projek

Kad penyimpanan (Card Keep) ini perlu diganti kerana didapati sebahagian kad telah rosak serta hilang di kotak Card Keep. Solusinya adalah kad perlu diganti dengan kad yang baharu agar pengguna UTM dapat menggunakan sebaiknya. 

Mereka bentuk dan mencetak kad

Proses ini perlu dilaksanakan dengan menggunakan Adobe Software untuk mereka bentuk kad penyimpanan sebelum mencetak kad menggunakan kertas A4 berwarna oren

Menggunting kertas dan laminasi kad

Kad yang dicetak dalam kertas A4 perlu diguntingkan satu per satu sebelum laminasi kad dilakukan.

Menggunting kad dan siap untuk digunakan

Menggunting kad yang telah dilaminasi dan masukkan kad tersebut ke sarung kad. Kad yang siap di susun serta diletakkan ke dalam kotak card keep  untuk diguna pakai oleh pengguna UTM.