PROJEK 2025
Pelupusan Bahan Belian
Projek ini merupakan satu usaha untuk melupuskan bahan yang telah melewati tempoh kekinian. Sejumlah 383 judul dan 400 naskhah bahan belian telah dikenalpasti untuk dilupuskan. Seksyen Pengurusan Koleksi diberi tanggungjawab untuk menguruskan proses pelupusan bahan belian.
Proses Kerja
Semakan bahan mempunyai barkod
Langkah 1
Staf perlu mengenalpasti dan mengesahkan bahan tersebut telah bertukar status lupus di dalam sistem koha dan bahan tersebut perlu dicop “LUPUS” sebelum dimasukkan ke dalam kotak untuk dilupuskan.
Semakan bahan yang tiada barkod
Langkah 2
Staf perlu memastikan bahan yang tiada barkod ini tiada rekod di sistem koha dan menyenaraikan maklumat bahan tersebut untuk diserahkan kepada Seksyen Pembangunan Sumber dan Katalog.
Kumpul dan bawa bahan ke tempat lupus
Langkah 3
Staf lelaki yang bertanggungjawab untuk mengangkat, menyusun dan mengumpul kotak yang dipenuhi bahan lupus yang telah dicop di troli untuk dialihkan kotak tersebut ke tempat lupus yang telah ditetapkan.