KEMPEN 2025

CHECK OUT OUR BOOKS & REDEEM YOUR GIFTS

Pengenalan Kempen

Kempen ini merupakan satu usaha telah dilakukan oleh staf USK PSZJB untuk meningkatkan kadar peminjaman bahan Perpustakaan UTM dengan mengadakan kempen Check Out Our Books and Redeem Your Mystery Gift yang diadakan di Aras 3, bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZJB).

Kempen ini telah diadakan selama 3 hari iaitu bermula pada 29 hingga 31 Oktober 2025. Kempen ini telah dihebahkan kepada pelajar UTM dengan mempamerkan poster di kaunter Sirkulasi PSZJB 2025 seiring dengan Program EduVibe: Where Fun Meets Knowledge.

OBJEKTIF KEMPEN

  1. Meneruskan kempen yang dilaksanakan oleh Kumpulan A sejak tahun 2022.
  2. Meningkatkan minat membaca di kalangan pembaca.
  3. Meningkatkan kadar pinjaman bahan Perpustakaan PSZJB.
  4. Mempromosikan Koleksi Bahan terbuka yang terdapat di aras 4 dan aras 5.

SYARAT-SYARAT KEMPEN

  1. Pengguna perlu meminjam bahan bacaan terbuka yang terdapat di aras 4 dan aras 5.
  2. Meminjam sekurang-kurangnya 3 buah buku sebelum memperoleh hadiah fail dan marker manakala meminjam 10 buah buku mendapat hadiah misteri di kaunter Sirkulasi PSZJB.

PROSES KERJA

Perancangan Kempen

Penetapan objektif, pemilihan lokasi dan penyediaan hadiah misteri telah dilaksanakan.

Promosi Kempen

Mereka bentuk poster untuk mempromosikan kempen.

Pelaksanaan Kempen

Proses peminjaman buku sebanyak 3 dan 10 naskhah dibuat di kaunter Sirkulasi

Penebusan hadiah

Mysteri Gift diberikan kepada pengguna berdasarkan hadiah yang telah disediakan setiap hari

Log Peminjaman Bahan

Merekod bahan-bahan untuk dipamerkan dimasukkan ke dalam Log Peminjaman Bahan.

GALLERY

PARA PEMENANG

Pelajar UTM

UTM Open Day