PROJEK 2023
PEMINJAMAN CAKERA PADAT TESIS
Pencarian Bahan Cakera Padat di Bilik Media PSZJB pada 1 – 9 Mac 2023

KERJASAMA ANTARA UNIT SIRKULASI DAN UNIT REPOSITORI & DOKUMEN DIGITAL
PENGENALAN PROJEK
Pendepositan Cakera Padat Tesis ke dalam sistem DMS & UTM-IR
Projek ini telah dilaksanakan di stesen kerja Unit Sirkulasi (USK) PSZJB pada 1 – 9 Mac 2023 sebagai penyokong kepada usaha mendapatkan sumber bahan yang ditempatkan di Bilik Media, PSZJB dengan meminjam CP Tesis (Simbol ‘RA’) dari pihak USK, PSZJB untuk didepositkan ke dalam sistem DMS dan UTM-IR. Aktiviti pendepositan tesis ini dijalankan di stesen kerja staf Unit Repositori & Dokumen Digital (URD), PRZS bagi melengkapkan rekod bahan tesis ke dalam sistem DMS.
Hasil semakan URD
Projek mencari bahan tesis CP ini dilaksanakan bagi menyokong projek mendeposit Tesis dari tahun 2011 dan ke bawah yang dicadangkan dari pihak URD. Oleh yang demikian, hasil semakan rambang yang di buat, pihak URD mendapati terdapat sebahagian judul tesis 2011 dan ke bawah masih belum ada dimuat naik di dalam sistem DMS. Justeru itu, pihak URD menyemak semua CP tesis tahun 2011 dan ke bawah secara berperingkat dalam kadar segera mengikut peruntukan yang ditetapkan sebelum melanjutkan projek mendeposit tesis tahun 2010 berikutnya.
Status bahan CP
Hasil perbincangan antara pihak URD dan USK, PSZJB mengambil keputusan untuk melaksanakan proses kemaskini status bahan di sistem OCEAN dan penjanaan senarai bahan tesis CP yang dibawa keluar ke PRZS sebagai rekod rujukan bagi kedua-dua pihak kelak. Status yang digunapakai semasa bahan tesis CP dijalankan oleh URD adalah Digitization Process dan dikemaskini semula kepada Available selepas selesai proses pendepositan untuk dikembalikan semula ke USK, PSZJB.
Proses Kerja
Projek ini dilaksanakan oleh semua kumpulan yang bertugas floating.

Penerimaan emel
Senarai Cakera Padat (CP) yang diterima oleh setiap kumpulan melalui Emel.

Penyediaan Kotak
Kotak tersebut akan di bawa ke Bilik Media untuk pengasingan bahan CP yang telah disenaraikan.

Pencarian Bahan
Setiap kumpulan perlu membuat semakan dan mencari bahan CP berdasarkan senarai CP yang diterima. Sebahagian daripada senarai bahan CP tersebut tidak dapat dijumpai semasa proses pencarian bermula.

Pengasingan CP
Bahan CP yang dijumpai perlu diasingkan dan memasukkan bahan CP ke dalam kotak yang disediakan.

Pelabelan kotak
Setiap kumpulan perlu melabel kotak masing-masing sebelum dihantar ke Unit Repositori & Dokumen Digital (URD).
Gallery







