Pertandingan Mini KIK 2025
Jabatan Perpustakaan UTM telah menganjurkan kursus taklimat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JPUTM pada 8 Oktober 2025. Kursus taklimat KIK yang dianjurkan bertujuan adalah seperti berikut:
- Memberi penerangan menyeluruh tentang konsep, tujuan dan kepentingan KIK dalam meningkatkan keberkesanan dan kecekapan organisasi.
- Membimbing peserta mengenai kaedah penyediaan dokumentasi merangkumi kertas kerja dan laporan projek KIK.
- Menjelaskan format dan syarat penyertaan Pertandingan KIK.
- Menyediakan ruang untuk peserta bagi sesi soal jawab bagi perkongsian dan mendapatkan penjelasan lanjut.
Penerangan berkaitan dengan kriteria pelaksanaan, kriteria pemarkahan, contoh dokumentasi dan sesi soal jawab (FAQ). Sejurus kursus taklimat dijalankan, pihak AJK Induk KIK JPUTM telah menetapkan tarikh pembentangan Mini KIK JPUTM pada 13 November 2025 (8 pagi – 1 petang) bertempat di Bilik Seminar bangunan PRZS.
Seksyen Pengurusan Koleksi telah menghantar dua kumpulan iaitu USK PRZS dan USK PSZJB untuk menyertai pertandingan Mini KIK untuk mempersembahkan projek inovasi masing-masing.
SESI PEMBENTANGAN
Kumpulan SAKTI dari USK PRZS
Kumpulan SAKTI mempersembahkan projek yang bertajuk kad On Hold kepada pengguna yang ingin menggunakan bilik perbincangan yang telah digunakan oleh pengguna lain di mana bilangan bilik perbincangan adalah terhad di PRZS. Proses kerja kad on hold menjadi lebih sistematik dan efisien kepada pengguna kerana setiap pemegang kad mempunyai satu rekod di dalam sistem koha bagi memudahkan staf membuat semakan dan pemantauan status bilik dan pemegang kad.
Kumpulan FCVision dari USK PSZJB
Kumpulan FCVision mempersembahkan projek yang bertajuk aduan fasiliti dengan merekodkan aduan pengguna mengenai fasiliti yang bermasalah di PSZJB dengan hanya perlu mengisi aduan pengguna ke dalam Borang di Google Sheet. Setiap aduan direkod mempunyai satu e-ticket dan emel kepada Penolong Jurutera secara automatik. Proses kerja dapat membantu staf kaunter merekod lebih mudah dan cepat serta memudahkan Penolong Jurutera membuat semakan aduan secara terus untuk tindakan susulan.
Pengumuman rasmi pemenang pada Majlis Apresiasi 2025
KEPUTUSAN MINI KIK 2025
Tempat Pertama
(Kumpulan FCVision USK PSZJB)
Para pemenang menerima pingat, sijil dan wang tunai berjumlah RM250
Tempat Ketiga
(Kumpulan SAKTI USK PRZS)
Para pemenang menerima pingat, sijil dan wang tunai berjumlah RM100